Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Wednesday, 27 August 2014

Cara Tingkatkan Pendapatan CPUV Nuffnang

Assalamualaikum...

KLA nak kongsi cara tingkatkan pendapatan CPUV Nuffnang.Ahak...sehari dua ni entri KLA semua berkait dengan peningkatan...Bukan apa,KLA tengah berusaha untuk meningkatkan apa yang patut ditingkatkan.Alang-alang dah buat blog,biar sampai dapat hasilnya.Baru lah tak sia-sia ber’blog’.Dapat ler juga tambahan pendapatan.

Nuffnang,Duit,Tambah pendapatan,CPUV nuffnang

Untuk tingkatkan pendapatan CPUV Nuffnang,anda perlu :

Pertama –  Blogwalking
Anda perlu rajin berkunjung ke blog-blog orang lain.Jangan lupa tinggalkan komen sekali yer..Kalau anda tak berkunjung ke blog orang lain,orang lain tak akan sedar akan kewujudan blog anda.Sama juga dengan kehidupan seharian,kalau anda duduk aje di dalam rumah,anda tak akan kenal dengan jiran sebelah kanan,kiri,hadapan,belakang rumah anda.

Kedua – Menganjurkan Segmen atau Giveaway
Apabila anda mendapat CPUV,anda perlu lakukan sesuatu dalam tempoh CPUV itu berlangsung supaya kedatangan trafik blog anda lebih daripada biasa seperti menganjurkan segmen/giveaway.Tengok apa yang KLA buat sekarang,menganjurkan giveaway...Jom ler join Giveaway Merdeka Lestari

Ketiga – Join Giveaway orang lain
Anda jangan sombong pula dengan tak menyertai giveaway orang lain.Cara mudah untuk anda berkenalan dengan blogger lain ialah dengan menyertai giveaway orang lain.Semakin banyak anda menyertai,semakin bagus jugalah trafik anda dan semakin itu jugalah anda mula dikenali.Macam KLA,KLA limitkan blog KLA untuk join 10 giveaway dalam satu masa.Bila ada giveaway yang disertai itu tamat,baru lah KLA join yang lain pula.

Keempat- Kongsi  post di Facebook,twitter dan Google+
Setiap post entri yang anda buat,jangan lupa untuk kongsikannya di facebook,twitter atau pun google+ anda.Ini merupakan satu tindakan menghebah kan entri terbaru yang anda buat.KLA ada group facebook.Boleh juga jadikan group facebook tempat untuk berkongsi post terbaru.Jemput join Group Facebook KLA.


SMILE and ENJOY!!



4 comments:

  1. Thanks for the info..
    http://mizasasaki.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Info yang bagus ... No.2 jer tak buat lagi ...

    ReplyDelete
  3. http://faridaredbellas.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-bersama-redbellas.html

    jom join segmen blogwaking sy!

    ReplyDelete