Jom Follow!!
CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu
Sunday, 31 August 2014
Giveaway Merdeka Lestari
Assalamualaikum...
Tetiba mood nak buat giveaway datang...Memandangkan sekarang bulan merdeka,So,KLA pun buat lah Giveaway Merdeka Lestari
Malaysia,Di sini lahirnya sebuah cinta
Syarat :
2) Klik page : KasihLestariAbadi | DanshenPlusPower
3) Buat entri bertajuk ' Giveaway Merdeka Lestari '
4) Copy banner di atas dan link ke entri ini
5) Tinggalkan URL penyertaan anda di ruangan komen di bawah.
6) Pemilihan pemenang akan dibuat oleh random.org
Hadiah
1) Top Referral : Buku Duit Pantas (Penulis : Ammar Zahar) + Topup RM10
2 ) 5 x Topup RM10
Pemenang akan diumumkan pada 2 September....
Enjoy!!!
TAMAT
Saturday, 30 August 2014
Belajar SEO
Assalamualaikum....
“Kita mampu untuk menipu semua orang,namun kita tidak akan
mampu untuk menipu diri sendiri”
Yup betul!!Senang sahaja untuk kita menipu orang lain.Pusing
ayat sikit,terus niat kita nak menipu orang itu akan tercapai.Cuba pula kita
tipu diri kita...boleh tak?sejauh mana kita tipu diri kita,pasti akan sampai
satu masa,kita betul-betul dah tak mampu untuk menyorok apa yang tersorot
lagi...Dengan penipuan inilah membuatkan hidup kita makin tertekan....
Macam KLA,sudah pelbagai benda yang KLA buat untuk
gembirakan orang lain.Kononnya,kita akan gembira bila tengok orang lain
gembira.Tapi KLA rasa,gembira yang KLA miliki tu tidak asli menyebabkan KLA
merasakan KLA terpaksa membuat sesuatu tindakan.KLA terlalu fikir kan orang
lain hingga terlupa pada diri sendiri.
Setelah KLA teliti,perkara utama yang KLA buat untuk bangkit
ialah menghadiri Seminar FacebookExtra. Kenapa?Kerana KLA meletakkan 200% (apa,ingat cerita rindu awak 200% je
boleh 200%?) kepercayaan pada empunya seminar iaitu saudara Ammar Zahar.KLA
sentiasa mengikuti perkembangan dia semenjak dia bermula dengan dunia perniagaan
internet hingga dia berjaya sekarang.Boleh lihat di sini maklumat tentang saudara Ammar Zahar dan juga tentang Seminar Facebook Extra.
Alhamdulillah,tidak sia-sia sebenarnya pada sesiapa yang
menghadiri ke seminar beliau.Banyak ilmu yang telah beliau kongsikan untuk
mencapai kejayaan.Dan apabila mendapat pelbagai ilmu hasil perkongsian
beliau,menyebabkan KLA sedar mana silap KLA sebelum ini dalam hasrat menjana
pendapatan di internet.Kesilapan KLA ialah tidak mempelajari apa yang ada di
belakang tabir.KLA hanya fokus pada luaran sahaja tanpa fokus apa yang ada pada dalaman.
Apa yang KLA maksudkan dengan belakang tabir ialah seperti
hal-hal coding,teknik promosi yang berkesan dan sebagainya.Sebelum ini,apa-apa yang KLA buat semuanya secara hentam sahaja tanpa mempelajarinya secara serius.Kini,KLA bangkit untuk
mencari apa yang KLA ingini.Biarlah KLA gembira secara asli.
Secara permulaan,KLA nak belajar tentang SEO.Tidak pasti
kenapa,KLA rasa tertarik untuk belajar SEO.Nampak seperti SEO itu susah,tapi
itu satu cabaran buat KLA yang sememangnya suka mencabar diri sendiri.Mesti
best kalau KLA berjaya menjadi PRO SEO kan?kerana banyak benda yang kita boleh
buat apabila sudah menjadi PRO SEO terutamanya menjana pendapatan di internet.
Kawan-kawan para blogger...doakan KLA dapat apa yang KLA
inginkan...Amin...
Ebook yang boleh membantu anda menjadi PRO SEO:
Sinopsis Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Assalamualaikum....
Cerita Rindu Awak 200% dan nak tamat.Isnin nanti last
episod...Yang pasti,ramai akan merindui senyuman ‘senget’ Zill Faezrul...sweet
Slot Akasia akan diganti dengan cerita baru yang berjudul “Maaf
Jika Aku Tak Sempurna”
Sinopsis :
Melina adalah seorang gadis yang meningkat dewasa. Hidupnya
penuh dengan perkara mengasyikkan hingga dia lupa dosa pahala. Sikapnya
menimbulkan gundah kepada ibu bapanya.Kerana terpaksa Datuk Zakri meminta
Luqman untuk mengawasi Melina. Setiap hari mereka pasti bertengkar. Kehidupan
Melina dan luqman berbeza macam langit dan bumi.Wasiat Datuk Zakri kepada bapa
Luqman iaitu Rashid yang mahu mereka disatukan.
Walaubagaimanapun. Luqman terima Melina seadanya sebagai
isteri. Dalam benci ada rindu.Mereka hidup bahagia hinggalah badai datang
menguji kesabaran kedua hati.Zieta telah merancang sesuatu. Dia marah kerana
Melina berjaya merampas Harith darinya.
Walaupun Melina dan Luqman telah berkahwin,Harith masih menyimpan perasaan
padanya.Zieta juga menyimpan perasaan pada Luqman tapi tidak dilayan.
Luqman ditangkap khalwat.Melina terlalu kecewa. Dapatkah
Luqman menyakinkan Melina cintanya hanya Melina?
Kita layan senyuman Fahrin Ahmad pula yer....;)
Dapatkan Free Seats Air Asia SEKARANG!
Assalamualaikum
Semua orang pasti suka dan sentiasa tertunggu-tunggu promosi Air Asia kan...
Ayuh jom ramai-ramai kita pergi melancong... klik FREE SEATS
Semua orang pasti suka dan sentiasa tertunggu-tunggu promosi Air Asia kan...
Ayuh jom ramai-ramai kita pergi melancong... klik FREE SEATS
Alhamdulillah...Ranking Alexa Meningkat
Assalamualaikum....
Syukur....syukur...Ranking alexa KLA meningkat...sungguh tak
disangka.
Pada 21 Ogos,KLA periksa ranking alexa blog
KasihLestariAbadi...berada pada ranking 17,363 dalam Malaysia...Sedih juga lah
bila tengok nombor yang terlalu besar menyebabkan macam-macam bermain di
fikiran KLA.Mampu kah blog KLA meningkat...Macam mana nak
tingkatkannya...Melihat nombor yang terlalu besar itu menyebabkan KLA nekad
untuk betul-betul serius dengan blogging...sampai seru kot!hahhaaa...
3 Hari kemuadian iaitu 24 Ogos,KLA periksa lagi ranking
alexa....hasilnya membuatkan KLA teruja kerana betul-betul tak sangka.Blog
KasihLestariAbadi berada di ranking 10,490 dalam Malaysia...Beza 6,873...banyak
tu peningkatan...Alhamdulillah...Peningkatan yang bagus ini membuatkan KLA
menyusun strategi dan membuat target sendiri iaitu ingin melihat blog berada
dalam ranking bawah 1,000.Dan KLA target ini tercapai bila menjelang Januari
2015.
27 Ogos,KLA cuba periksa lagi ranking...sungguh
menakjubkan...Ranking blog KLA dalam Malaysia ialah 7,117.Ini membuatkan KLA
merasakan target KLA boleh dicapai sebelum Januari 2015...Ya Allah...suka
sangat-sangat KLA.
Tengok gambar di bawah,rancangan ranking blog yang KLA
sasarkan...Ingatkan September ,baru lah blog KLA capai ranking 7,000...namun
sekarang belum masuk September dah capai....Alhamdulillah...syukur...syukur...Ya Allah...;)
Kedudukan ini membakar semangat KLA untuk terus berjuang dan
cuba untuk membuat yang terbaik. Sebagai newbie yang tak newbie,banyak benda
lagi yang KLA perlu belajar.Mungkin sebelum ini KLA hanya fokus apa yang nampak
dan tinggalkan apa yang di sebalik tabir.Itu silap KLA...Sekarang,KLA cuba
belajar hal-hal belakang tabir seperti ranking
alexa,SEO,Coding...Sebenarnya,belakang tabir juga penting dalam menjadi seorang
blogger yang hebat....;)
Nampaknya,jika target KLA tercapai sebelum masa yang
ditetapkan,KLA kena bagi hadiah untuk diri sendiri ini...agak-agak nak beli apa
ye?Bukan apa,kita perlu menghadiahkan sesuatu atas kerja keras walaupun untuk
diri sendiri.Kerana hadiah itu mampu untuk membakar semangat untuk kita terus ke
hadapan,dan membuatkan kita akan ingat
bila memandang hadiah tersebut.Dan akan membuat kita lagi bersungguh –sungguh
dengan kerja-kerja lain bila tahu hadiah akan menanti jika target kita
berhasil....Rasa nak berangan lak...nak beli Jam tangan atau Sunglasses?Jam
tangan keperluan...sunglasses hanya suka-suka...pendapat kalian macam mana?apa
patut KLA beli untuk jadikan hadiah?
ENTRI LAIN MENGENAI ALEXA :
~~ Cara Daftar Alexa Rank Dalam Blog~~ Cara Tingkatkan Ranking Alexa
Thursday, 28 August 2014
Blueprint Kejayaan - Ammar Zahar
Assalamualaikum....
KLA suka membaca..Membaca jambatan ilmu...kita perlu
sentiasa menambah ilmu mengikut peredaran masa.Bagi KLA juga,ilmu adalah aset
penting dalam hidup seseorang kerana ilmu lah sahabat sejati kita di kala susah
senang hidup kita.Mengapa KLA kata begitu?Cuba fikir...di kala kita susah,jika
kita ada ilmu,kita akan guna ilmu itu untuk keluar daripada kesusahan.Di kala
kita senang,itulah kesenangan hasil ilmu yang kita miliki.Apa pun,ilmu itu
penting.
Mungkin kerana minat pada ilmu,KLA terlalu suka pada kedai
buku terutamanya MPH dan POPULAR. Kalau jumpa kedai-kedai ini kat
mana-mana,wajib KLA masuk.Puas hati kalau dapat masuk walaupun tanpa beli
buku.Obses sangat....
Untuk minggu ini,KLA baru sahaja habis baca buku BLUEPRINTKEJAYAAN yang ditulis oleh Ammar Zahar.Nak tahu siapa Ammar Zahar?
Ammar Zahar merupakan pakar perniagaan internet yang
berpengalaman luas dalam bidang pemasaran internet dan telah menghasilkan lebih
100 produk informasi dalam pelbagai niche di dalam dan luar negara.
BLUEPRINT KEJAYAAN mengisahkan cara penulis Ammar Zahar
mencapai kejayaan dalam kehidupananya.
Antara kandungan buku BLUEPRINT KEJAYAAN :
~ Bagaimana nak kuasai minda supaya kita boleh fokus
terhadap sesuatu kerja.
~ Bagaimana memilih impian dan mendapatkannya
~ Bagaimana anda boleh atasi masalah info overload
~ Bagaimana anda boleh uruskan masa anda dengan sangat
efektif.
~ Bagaimana anda boleh dapat apa yang anda mahukan pada
waktu yang anda mahukan
~ Cara baru macam mana orang-orang yang berjaya boleh
tingkatkan produktiviti mereka berkali ganda.
~ Dan banyak lagi....
Pendapat KLA tentang buku ini:
Buku ini sangat sangat sangat sangat (bukan salah ulang tau!)
digalakkan dimiliki oleh semua orang.Buku ini bukan sahaja sesuai pada orang yang ingin mempunyai bisnes
sendiri,tetapi ianya sesuai untuk SEMUA orang termasuk para pelajar.Kerana buku
ini mengajar dan memberi motivasi pada kita cara untuk mencapai kejayaan
walaupun kita merasakan ianya amat mustahil untuk dicapai.Dengan cara minda
separa sedar yang di ajar di dalam buku ini akan memudahkan lagi untuk kita
mencapai kejayaan yang diingini.
Buku ini boleh di beli secara online dengan membelinya DISINI.Harga yang berpatutan dan mampu untuk dimiliki oleh semua orang.RUGI TAK
BACA BUKU INI.....kalau dan baca,mesti anda akan kata ‘KENAPE LAH BARU JUMPA BUKU
NI,KALAU DULU LAGI DAH JUMPA BUKU NI,MESTI AKU DAN BERJAYA’....Fikir-fikir
kan....;)
Subscribe to:
Posts (Atom)