Assalamualaikum....
Kini,semakin ramai yang sudah berjaya
membuat duit di internet tanpa modal.Iya lah,dengan
sara hidup yang semakin meningkat,anda perlu lah mencari alternatif lain untuk
menambah sumber pendapatan selain daripada bergantung dengan pekerjaan tetap
anda.Dan juga,ramai yang sudah berjaya mendapat pendapatan secara
sepenuh masa daripada internet.Antara
cara buat duit yang boleh menambah pendapatan anda ialah
affiliate.
Untuk menjana pendapatan melalui affiliate,anda perlu tahu
cara mempromosikan link yang diberi.Oleh demikian,untuk cara promosi affiliate
yang perlu anda tahu ialah :
~ Promosi menggunakan blog
Ramai yang akan menggunakan blog sebagai medium promosi
mereka.Di blog,anda boleh melakukan promosi affiliate dengan meletak banner
pada blog.Gambar dan ayat yang power mampu menarik minat pembaca untuk klik pada
banner yang akan di link ke web affiliate anda.Selain itu,anda juga boleh
menggunakan cara review produk iaitu anda menulis entri mengenai produk
tersebut.Ceritakan segala info dan kelebihan produk anda itu.Jangan lupa,sertakan
sekali link affiliate anda pada entri tersebut.
~ Promosi menggunakan pengiklanan percuma
Banyak terdapat web yang menawarkan pengiklanan percuma.Anda
boleh menghantar atau meletakkan link affiliate anda di web tersebut.
Cuba lah tengok hasilnya,apabila KLA menaip Iklan percuma di
google:
~ Promosi menggunakan forum
Anda boleh mempromosikan link affiliate di forum.Lagi bagus kalau forum yang
anda sertai itu sama niche dengan produk affiliate anda.Cara mempromosikannya
dengan meletakkan link affiliate anda di ruangan signature.Anda boleh membuat
signature dengan meletakkan ayat-ayat power yang boleh menarik minat pembaca
untuk klik link tersebut.
~ Promosi menggunakan facebook
Ini merupakan antara medium promosi yang popular dan
berpotensi tinggi kerana sehari ke
sehari,pengguna internet semakin bertambah.Di facebook,anda boleh mempromosikan
link affiliate dengan membuat post pendek dan disertakan sekali link di
timeline,meninggalkan link di facebook group atau page.Tapi ingat,jangan membuat promosi
secara spam atau tag rakan-rakan sesuka hati.
~ Promosi menggunakan email
Sesetengah blogger mempunyai mailing list yang
tersendiri.Untuk mempromosikan dengan menggunakan email,anda boleh membuat
review produk anda itu dan hantar ke semua mailing list.Review itu juga boleh
dibuat secara bersiri.Maksudnya,hantar 3-4 email yang bercerita tentang produk
anda itu.