Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Sunday, 14 September 2014

Resepi : Cucur Jagung Udang

Assalamualaikum....

Sudah lama pula KLA tak kongsi resepi kan?Hari ini KLA akan cuba untuk berkongsi resepi setiap hari...cuba ok..

Pagi semalam,KLA terfikir,rasa macam sudah lama pula KLA tak makan jagung.Jagung tu kalau dapat buat cucur ke,bubur ke,rebus sahaja ke kan best.Sekali pada petangnya,ada jiran bagi jagung mentah.Ini namanya rezeki.KLA pun pilih untuk masak cucur jagung udang.Tengok bahan-bahan kat dapur pun lengkap.Jom kita layan resepi cucur jagung udang

Resepi Cucur Jagung Udang,Cucur,jagung,udang,senang,mudah

Bahan-bahan

2 Jagung ( ambil isinya)
5-6 Ekor udang ( kalau nak rasa lebih udang tambah lagi banyak-potong kecil)
2 Cawan tepung gandum
3-4 cili padi ( boleh untuk tidak letak jika tak mahu pedas-ditumbuk)
Sedikit daun kucai
Sedikit garam
Sedikit Kunyit
Air

Cara-cara
1- Campurkan semua bahan di atas dan air dimasukkan secara sedikit demi sedikit sehingga bancuhan sebati.
2- Goreng dan siap untuk dihidangkan...semudah 123


Hidangan ini sesuai dihidangkan pada waktu petang.



ANDA PATUT TAHU DAN BACA :





5 comments:

  1. Wah. Dah lama xbuat ni. Boleh try nanti balik umah raya haji nanti. Thanks for the recipe :)


    Jemput singgah : Breakfast Di OldTown White Coffee

    ReplyDelete
  2. thanks banyak2 share resepi nie. saya mmg peminat cucur2 nih. boleh try nanti..hehe..

    ReplyDelete
  3. Anda di tag.. ayookk!!!

    http://kasut-rantau.blogspot.com/2014/09/giveaway-by-nazatuuperware.html

    ReplyDelete