Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Saturday, 20 September 2014

Segmen Drop Your Link By Adinda Baizura Mazlan


(Klik banner untuk join)

Due Date : 24 September 2014



Giveaway 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Liebster Award - 1

Assalamualaikum...


Dah ramai ke yang terkena tag liebster award?Para blogger yang dah terkena tag tu,sila ler balas segmen ini sebagai tanda penghargaan kepada para blogger lain okey.

KLA dapat dua blogger yang tag untuk segmen liebster award.Oleh itu,KLA akan buat dua entri untuk segmen liebster award kerana soalannya yang berbeza.

Liebster award pertama KLA dapat daripada blogger Mawar Medina . Thanks a lot ye...dan maaf lambat respond coz sibuk sedikit sebelum ini.Ok syarat pertama dah settle iaitu nyatakan siapa blogger yang mencalonkan blog KLA.

Syarat kedua pula KLA dikehendaki menjawab 11 soalan yang diberi.Sebelas???banyak juga tu..

1.Perkenalkan diri anda secara ringkas. Kalau nak tambah pun boleh.
  -KLA merupakan singkatan daripada Kasih Lestari Abadi dan ianya merupakan nama pena di dunia maya ini.KLA bekerja sendiri iaitu dengan menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan.Menetap di Perak tetapi berasal dari Terengganu.Itu sahaja kot mengenai diri KLA...tak tahu nak cerita apa tentang KLA.Tiada yang istimewa.

2.Apa pendapat anda terhadap blog Murni?
 KLA suka blog Murni yang nampak sweet lagi simple.Bagus sangat-sangat cuma KLA nasihatkan agar Cik Murni akan terus menjadi seorang blogger.Jangan sesekali putus asa kerana blog mampu menjana pendapatan..

3. Siapakah 3 blogger perempuan dan 3 blogger lelaki yang menjadi pilihan anda?
 3 blogger perempuan- Yumida, Emas Putih , Mamaniza
 3 blogger lelaki - Mhakimfaiz , Tintaberdakwat , Ezwan

4. Andai kata masa boleh diputarkan, apakah perkara yang anda ingin perbetulkan dalam hidup anda?
    Rasanya tak ada yang nak diperbetulkan kerana semua yang berlalu adalah pengalaman dan pengajaran untuk kejayaan hari ini.

5. Apakah gadget yang menjadi impian anda dan ingin dimiliki suatu hari nanti?
    Setakat ini belum ada lagi gadget menjadi impian kerana dan beli sebelum ini gadget impian...handbag pun dah berat dengan gadget sahaja.

6. Apakah kenangan paling berharga yang anda tidak boleh lupakan sehingga di saat ni?
    Kenangan mengenali arwah BFF.Lima tahun mengenali beliau menjadikan KLA lebih menghargai sebuah persahabatan.

7. Apakah barang wajib yang ada di dalam beg anda bila keluar pergi jalan-jalan/kuliah?
   Fuh...barang yang tak dapat dielakkan dan telah memberatkan beg KLA.Purse,hp lenovo,hp samsung galaxy note,ipad,kunci rumah,kunci office,vicks,

8. Adakah anda seorang yang sukakan kucing? Kalau ada bela kucing please nyatakan nama kucing dan berapa ekor yang dibela...saja Murni nak berkenalan dengan kucing tu...hihi
   Maaf,tak suka kucing

9. Haiwan apa yang anda tidak suka?
    Cik Ti.........kus

10. Apakah tajuk lagu kegemaran anda dan nyatakankan sebab mengapa lagu tersebut menjadi pilihan hati anda?
    Gemuruh Faizal Tahir....Lagu ini dimainkan semasa KLA konvo...Semangat untuk terus bangun dalam kehidupan.

11. Siapakah yang anda fikirkan di saat ni? Mohon dijawab dengan jujur ya!
      Siapa MR.Right?

Ok selesai syarat kedua masuk syarat ketiga pula.mencalonkan 11 blogger...dugaan juga ini..maaf ler kalau dah join liebster tapi masih di tag lagi...

Baizura | Hana Jalil | Cahayaalammaya | MassNaim | LissaDBlog | Hana | SyiraLokman | NurulZayani | DianaRashid | Ummisyafiqah | MutiaraCinta

Soalan simple untuk 11 blogger ini..

1- Sejak bila anda mula ber blogger?
2- Dari Negeri mana anda berasal?
3- Sudahkan anda menjana pendapatan dari ber blogger?Nyatakan dari mana,nuffnang,8share,jualan produk?
4- Nyatakan 1 Segmen/giveaway yang terkini anda sertai?
5- Tinggalkan link post entri terkini di blog anda?
6- Nyatakan berapa jumlah follower anda terkini.
7- Apa lagu kegemaran anda dan kenapa menyukainya?
8- Apa nama Facebook anda?
9- Anda seorang pengumpul?apa barang yang sudah dikumpul dan berapa jumlah yang ada.
10- Apa impian yang sangat nak capai tapi belum capai?
11- 3 perkataan mengambarkan anda

Okey,siap sudah liebster award pertama...nantikan kemunculan liebster award kedua pula.


SELAMAT BERBLOGGING





Friday, 19 September 2014

Resepi Mee Goreng Basah

Assalamualaikum...

Kongsi resepi lagi...Sebenarnya tujuan KLA berkongsi resepi ialah untuk berkongsi dengan semua orang apa yang KLA tahu.Kadang-kadang kita nampak masakkan yang senang dimasak,tetapi ada juga yang belum tahu memasaknya dan malu untuk bertanya.Biasalah,kalau bab malu,mesti lah belajar dengan pakcik google,orang lain tak tahu...Lagipun resepi-resepi ini untuk koleksi KLA sendiri juga.Nak masak lagi diwaktu akan datang senang,rujuk resepi kat blog sahaja.


Resepi Mee Goreng Basah,Mee Goreng,Kasihlestariabadi

Mee Goreng Basah

Bahan-bahan :
1/2  Paket Mee Kuning
2 Biji Bawang Merah (Ditumbuk)
1 Biji Bawang Putih (Ditumbuk)
4 Biji Cili Padi (Ditumbuk)
1 Sudu Sos Tiram
1 Sudu Kicap Pekat
1 Sudu Sos Tomato
1 Fishcake
Minyak
Garam
Air

Cara-cara
1-Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan ditumbuk sehingga sebati
2- Masukkan sos tiram,kicap pekat,sos tomato,fishcake dan garam.Kacau sebentar.
3-Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
4- Bila sudah mendidih,masukkan mee dan kacau sehingga sebati.Masak sehingga tinggal sedikit kuah nya.Dah nama mee goreng basah,kena nampak basah-basahnya.



Selamat Mencuba


Thursday, 18 September 2014

Resepi Telur Puyuh Masak Lada Hitam

Assalamualaikum...

Asyik KLA berjalan di bahagian telur di sebuah pasaraya,KLA terpandang kan telur puyuh.Rasanya macam dah lama KLA tak makan telur puyuh.Kalau dapat masak sambal telur puyuh sedap juga ini.

Resepi Telur Puyuh Masak Lada Hitam,Telur Puyuh,Lada Hitam,Senang,Sedap,


Tapi bila sudah balik rumah,semasa nak masak,baru perasan tak ada cili kering yang sudah di blend.Dalam keadaan nak cepat,KLA memutuskan nak cuba masak telur puyuh masak lada hitam.Tak pernah masak,tetapi dalam masak,tak salah mencuba.

Telur Puyuh Masak Lada Hitam

Bahan-bahan
15 Biji Telur Puyuh direbus
3 Biji Bawang Merah (Ditumbuk atau dihiris)
1 Biji Bawang Putih (Ditumbuk atau dihiris)
3-4 Cili Padi (Ditumbuk atau dihiris)
1 Sudu Sos Tiram
2 Sudu Sos Lada Hitam
Minyak
Air
Garam

Cara-cara
1- Panaskan minyak dan gorengkan telur puyuh.KLA suka rasa ada kulit sikit kat telur tu apabila digoreng.Angkat dan ketepikan
2- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk atau dihiris tadi sehingga sebati.
3- Masukkan sos tiram,sos lada hitam dan sedikit air.Gaul sehingga sebati.
4- Masukkan telur puyuh yang sudah digoreng tadi dan biarkan mendidih
5- Siap dan sedia untuk dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA




Wednesday, 17 September 2014

Resepi Nasi Goreng Cili Padi

Assalamualaikum...

KLA masak nasi goreng!!

Asyik kongsi resepi lauk aje.Ubah selera sikit,hari ini KLA nak kongsi resepi nasi goreng cili padi.Pada yang suka makan pedas-pedas mesti suka.KLA dulu tak makan pedas,tapi bila berjiran dengan makcik johor,selalu pula makan masakan dia yang pedas-pedas,terus jadi suka.
Sekarang,kalau masak tak pedas memang tak boleh.Mesti nak pedas juga.


Nasi Goreng Cili Padi,Cili Padi,Nasi Goreng,Kasihlestariabadi

 Bahan-bahan :

Nasi Putih
2 Biji Bawang Merah (Dimayang atau tumbuk)
1 Biji Bawang Putih (Dimayang atau tumbuk)
7-8 Cili Padi (Dimayang atau tumbuk)
6 Ekor Udang
1 Biji Telur
Garam

Cara-cara :
1- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dimayang atau tumbuk sehingga sedikit garing.
2- Masukkan udang yang dipotong kecil.Biarkan sebentar hingga udang masak
3- Masukkan nasi dan goreng.Kacau sehingga sebati.
4- Masak dan sedia untuk dihidangkan
5- Goreng telur mata dan makan bersama nasi.Kalau nak masukkan dalam nasi sewaktu memasak tadi boleh juga.Terpulang pada selera masing-masing.


p/s: Nak masukkan sayur boleh juga.KLA tak masukkan kerana kebetulan tak ada stok sayur ketika nak memasak.


SELAMAT MENCUBA




Tuesday, 16 September 2014

Sweet September Giveaway By Mellya




( Klik banner untuk join) 

Due Date 30 September 2014


Jawapan Tiket Nuffnang

Assalamualaikum...

KLA nak cerita kisah KLA nak buat baik dengan Nuffnang.Orang kata,kalau senang nak dapatkan CPUV dari Nuffnang kena selalu hantar tiket.Itulah yang KLA amalkan juga.

Kebetulan,KLA ada terima CPUV RMK Autumm/Winter Collections tetapi iklan tersebut tidak dapat di klik.So,apa lagi,ini lah peluang KLA untuk hantar tiket kat Nuffnang.

KLA hantar tiket pada 12 Sept dan KLA mendapat balasan tiket daripada Nuffnang pada 15 Sept.

Tiket Nuffnang,CPUV,RMK Autumm/Winter


Alhamdulillah Nuffnang telah mengambil tindakan yang sepatutnya....Tak boleh klik boleh memberi kesan pada income KLA...;)

THANKS NUFFNANG