Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Monday, 22 September 2014

Resepi Nasi Goreng Sardin

Assalamualaikum...

Sebelum ini KLA ada kongsi resepi Nasi Goreng Cili Padi dan hari ini KLA nak kongsi resepi Nasi Goreng Sardin.Buat sesiapa yang inginkan kelainan dalam masakan nasi goreng boleh lah mencuba resepi ini.Sedap dan mudah. 


Bahan-bahan
Nasi Putih
1 Tin Sardin Kecil
3 Biji Bawang Merah (Ditumbuk)
1 Biji Bawang Putih (Ditumbuk)
3-4 Cili Padi (Ditumbuk)
1 Biji Telur
Lobak Merah
Garam
Minyak

Cara-cara:
1- Asingkan ikan dan sos sardin tersebut.Ambil ikan sardin dan hancurkan dengan nasi putih
2- Goreng telur dan kacau(buat scrambled egg)- KLA lebih suka buat macam ini sebab nak rasa telur semasa makan.Angkat dan ketepikan
3- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk
4- Kemudian masukkan sos sardin dan lobak tadi dan gaul seketika.
5- Masukkan nasi putih yang sudah digaul ikan sardin, scrambled egg,garam dan kacau sehingga sebati dan masak.
6- Siap dan sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA



Liebster Award - 3

Assalamualaikum


Fuh Liebster Award ketiga.Kadang-kadang tak bernafas buat liebster award.KLA rasa bab paling sukar ialah nak pilih 11 blogger.Tapi sebagai memberi sokongan dan penghargaan pada blogger lain,KLA akan buat sebaik mungkin dan dengan penuh keikhlasan.Best juga sebenarnya buat liebster award ini sebab boleh menambah trafik.Ye ke trafik bertambah?

Macam biasa,KLA nak bagitahu syarat-syarat liebster award ialah :
1) Nyatakan blogger yang telah mencalonkan anda untuk menerima Liebster Award dengan backlink ke blog mereka.
2) Jawab 11 soalan yang ditanya.
3) Calonkan 11 blogger lain.
4) Hasilkan 11 soalan untuk dijawab oleh 11 blogger yang terpilih.
5) Maklumkan rakan blogger bahawa dia menerima LIEBSTER AWARD ini.

Untuk Liebster award yang ketiga ini,ianya telah di berikan oleh Stories of Me untuk KLA.Terima kasih banyak-banyak awak.Jasamu dikenang.

Jawapan untuk soalan yang ditanya:

1. 3 perkara yang anda rindu?
    1-Belajar,2-Kawan-kawan sewaktu belajar,3-kenangan masa lalu

2. 3 perkara yang anda tak suka orang buat pada anda?
     Menipu,Tikam kawan,Cemburu

3. Tempat yang anda nak sangat pergi tapi tak tertunai lagi?
    China

4. Ape yang anda nak buat kejap lagi?
    Draft entri blog

5. Ape yang teringin sangat nak makan hari ni?
    Chicken chop

6. Adakah anda jadi seperti apa yang anda inginkan?Kalau x ape cita2 anda yang sebenar?
    Alhamdulillah...jadi seperti diingini

7. Kereta yang anda idamkan?
    Honda Jazz

8. Kalau anda jadi kartun, anda nak jadi watak ape?
    Detektif Conan..bijak selesai masalah

9. Kata2 yang selalu anda pegang untuk terus hidup?
    Buat apa sahaja,pedulikan kata orang

10. 1 hari yang memalukan dan lawak yang pernah jadi pada anda?
       Rasanya tak ada kot.

11. Ape pendapat anda tentang blog ni?
     Menarik tertarik daboom...

Calonkan 11 blogger...Ini susah sikit.Maaf lah kepada blogger-blogger yang KLA tag.Terpulang pada anda untuk meneruskan menjawab legasi liebster award ini.KLA tak berkecil hati okey.

1- http://arunahakirah.blogspot.com/
2- http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/
3- http://randomlyawesomeme.blogspot.com/
4-  http://sipendekmataempat.blogspot.com/
5- http://farraanuar.blogspot.com/
6- http://superpapaya.blogspot.com/
7- http://sayasyiera.blogspot.com/
8- http://kisahakudanalammaya.blogspot.com/
9- http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/
10- http://yangbaik.blogspot.com/
11- http://mawarberduri4147.blogspot.com/

Hasilkan 11 soalan
1- Apa tujuan anda ber blogging
2- Lagu kegemaran anda?
3- Apa judul buku terakhir yang anda baca?
4- 3 Perkataan mengambarkan diri anda?
5- Komen anda tentang liebster award
6- Natakan link entry pertama anda sejak berblogging
7- Apa nama facebook anda?
8- Nyatakan blog kegemaran anda?
9- Pasukan bola sepak yang anda minati?
10- Apakah warna baju yang anda sedang pakai sekarang?
11- Nyatakan Negeri yang akan anda berada ketika raya Qurban nanti

Alhamdulillah...selesai juga.Terima kasih pada yang tag KLA sebelum ini.Sekurang-kurangnya bertambah entri untuk KLA post tanpa di fikir tajuknya.


GOOD LUCK




Sunday, 21 September 2014

Resepi Kek Batik

Assalamualaikum.

Hari ini,KLA tak mahu berkongsi resepi lauk tapi nak berkongsi resepi Kek Batik.Tapi KLA buat,batiknya tak lawa.Mungkin kena lebih banyak latihan kot.

Resepi Kek Batik.Batik.Kek.Mudah.Senang,Cepat,Biskut Marie

Bahan-bahan

250g Buttercup
1 Paket Milo ( Yang paling kecil)
1/2 Tin Susu Pekat Manis
1 Bungkus Biskut Marie

Cara-cara :
1- Patahkan biskut marie dan ketepikan
2- Masak buttercup sehingga cair.
3- Masukkan Milo dan susu.Kacau sehingga ketiga-tiga bahan tadi sebati.
4- Apabila sudah sebati,masukkan biskut marie.Kacau hingga rata dan tutup api.
5- Masukkan adunan tadi ke dalam loyang.Tekan dengan plastik supaya padat di bahagian bawah.
6- Masukkan ke dalam peti sejuk.
7- Siap dan boleh makan.


SELAMAT MENCUBA


Hadiah Giveaway Mamaniza.com

Assalamualaikum....

KLA dapat Hadiah!!

Hadiah Giveaway Mamaniza.com,Giveaway,segmen,hadiah,Mamaniza.com


KLA dah selamat menerima hadiah beg kertas yang cantik dan siap ada tulis nama empunya blog lagi iaitu Mamaniza.com . Hadiah ini hasil daripada Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com .  

Terima Kasih Mamaniza.com .. . Like hadiah ni..





Kisah KLA dan Maggi

Assalamualaikum

Maggi,Kisah Maggi,Makanan Segera,Kasihlestariabadi


Sebenarnya KLA tak ada sangat kenangan dengan makanan segera ini sebab KLA kurang suka makanan ini.Kurang suka bukan bermakna KLA tak makan langsung,KLA tetap makan cuma kena pada gaya masakannya.

KLA hanya makan Maggi yang masak di atas dapur sahaja.KLA tak suka makan yang masak dengan menggunakan air panas.Sebab itu,masa KLA tinggal di asrama dahulu,KLA tak makan maggi ok.Tak ada dapur nak masak.

Tapi KLA pasti semua orang akan ada kenangan dan gaya tersendiri tentang maggi kan?Mungkin zaman ketika di asrama,ketika tak ada duit.Semua kenangan maggi ini telah disatukan melalui kenangan rakyat Malaysia bersama maggi.

Anda boleh melihat kenangan itu dan nyatakan kisah anda bersama maggi di ruangan komen di bawah...


SMILE 



Segmen Blogwalking Lestari

Assalamualaikum....

TAMAT

KLA memutuskan untuk mengadakan Segmen Blogwalking Lestari.KLA  nak buat secara simple aje.Secara ringkasnya,segmen ini bertujuan untuk mengumpul sebanyak mungkin url blog yang wujud untuk di blogwalking oleh semua peserta.Para blogger pun mesti tahu apa kebaikkan blogwalking kan?So,apa lagi,ayuh join Segmen Blogwalking Lestari


Cara penyertaan :

2) Klik Blogwalking 
3) Buat entri bertajuk : Segmen Blogwalking Lestari
4) Copy banner di atas dan link kan ke entri ini
5) Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen di bawah


Tarikh penyertaan 16 Sept - 21 Sept 2014

Entri senarai url peserta akan di 'stick post' mulai 22 Sept sehingga 30 Sept untuk kesenangan dan hebahan blogwalking.

Harap ramai-ramai lah yang sudi join segmen ini disamping memeriahkan lagi dunia blogger.

THANKS



Saturday, 20 September 2014

Liebster Award - 2

Assalamualaikum



Ini merupakan entri kedua yang KLA buat untuk liebster award.Pada  Liebster Award pertama ,KLA sudah menjawab 11 soalan tentang KLA dan untuk yang kedua ini,sekali lagi KLA akan menjawab 11 soalan yang berlainan.

Sebelum itu KLA mahu menyatakan syarat Liebster Award

1) Nyatakan blogger yang telah mencalonkan anda untuk menerima Liebster Award dengan backlink ke blog mereka.
2) Jawab 11 soalan yang ditanya.
3) Calonkan 11 blogger lain.
4) Hasilkan 11 soalan untuk dijawab oleh 11 blogger yang terpilih.
5) Maklumkan rakan blogger bahawa dia menerima LIEBSTER AWARD ini.

Syarat pertama iaitu menyatakan ucapa terima kasih kepada Zack yang telah memilih KLA untuk pilihan liebster award.Thanks a lot.Ini merupakan liebster award kedua yang KLA terima.

Syarat kedua ialah menjawab 11 soalan yang ditanya.

1. Bilakah selalunya korang jenguk ke blog korang?
    - Selepas balik kerja jam 6 petang

2. Benda pertama korang check masa buka blog korang?
    - Berapa komen yang dapat untuk entri terakhir

3. Ceritakan sedikit sebanyak yang anda tahu tentang Borneo(Sabah&Sarawak)
    - Mempunyai tempat-tempat menarik untuk dilawati terutama bahagian pulau..Cantik.

4. Nyatakan blog-blog yang sering korang jenguk. Kenapa?
    - Hasrul Hassan , belajar ilmu blog

5. Tempat korang suka shopping?
     AEON

6. Umur korang?
     Huhuhuuuu...awal 30-an kot

7. Jenis blog yang korang suka baca?
     Yang memberi ilmu dan manfaat

8. Berapa banyak phone korang guna?
    Dua,satu kerja dan satu lagi untuk personal

9. Kenangan paling manis korang?
    Berjaya capai walaupun benda itu tak logik untuk dicapai

10. Harapan korang selama berblog?
      Mampu menjadikan blog sebagai sumber pendapatan utama

11. Pendapat korang tentang aku dan blog aku?
     Simple...boleh di makeup kan lagi

Syarat ketiga ialah mencalonkan 11 blogger lain..

SitiZawiah | Flizzy | Adna |  Ann Azhar | Cik N.A | DayangDeno | SyazDanny | Princess | Norazua | Paliexprezzo | Amelia |

Syarat keempat ialah 11 soalan untuk mereka ini :

1- Perkara pertama yang dibuat bila terjaga daripada tidur?
2- Jenama handphone yang dimiliki?
3- Berapa jam masa yang diluangkan untuk berinternet dalam sehari?
4- Apakah tujuan anda ber blogging?
5- Anda seorang blogger dari negeri mana?
6- Apa yang ada di dalam handbag anda?
7- Drama kesukaan anda?
8- Perkara yang anda tak suka lakukan dalam aktiviti harian?
9- Makanan kegemaran anda?
10- Namakan Sekolah Menengah anda?
11- Bagaimana anda dalam masa 10 tahun lagi?

Ok done semua syarat.Masa untuk publish dan hebohkan kepada blogger-blogger yang terlibat.


SELAMAT BERBLOGGING


Segmen Drop Your Link By Adinda Baizura Mazlan


(Klik banner untuk join)

Due Date : 24 September 2014