Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Saturday, 11 October 2014

CPUV Nuffnang Zurich Insurance Contest

Assalamualaikum….

Bila nampak sahaja blogger lain post tentang CPUV Nuffnang yang baru masuk,KLA akan cepat-cepat periksa Nuffnang sendiri.Alhamdulillah,rezeki KLA dapat CPUV Nuffnang Zurich Insurance Contest. Syukur,syukur,syukur.Walaupun blog KLA jarang update,iklan Nuffnang masih sudi dating menari-nari di blog KLA.Terima Kasih Nuffnang.

CPUV Nuffnang Zurich Insurance Contest

Zurich Insurance merupakan salah satu  syarikat insurans yang ada di Malaysia.Kini,Zurich Insurance menawarkan peraduan “ Share Your Love Tweak And Win RM3,000 Weekly!” .Peraduan ini berlangsung mulai 22 September hingga 12 Oktober. Alamak,tarikh akhir dah hampir,tapi jangan risau,anda masih sempat untuk menyertainya di facebook Zurich Insurance.

Happy Weekend!!

Thursday, 9 October 2014

Jatuh Cinta Pada Candy Booth

Assalamualaikum…

Jatuh cinta pada candy booth.

Anda pernah tak pergi majlis kahwin,hari lahir,aqiqah atau macam-macam majlis,ada satu sudut yang dipenuhi dengan pelbagai bekas gula-gula.Kat situ juga ada curahan coklat yang jatuh bagaikan air terjun.Itu lah dinamakan candy buffet booth.Biasanya candy booth dihiasi dengan pelbagai warna dan corak mengikut tema majlis.

Sekarang,KLA betul-betul terasa jatuh cinta dengan bisnes candy booth kerana ianya dapat meluahkan pelbagai idea untuk mencantikkan booth tersebut.Boleh rasa kepuasan hasil dekorasi booth.KLA dah survey di google mengenai bisnes ini.Apa yang KLA dapat katakan hasil google ialah bisnes ini sangat bagus dan berbaloi.Mungkin ini bisnes KLA untuk tahun 2015…InsyaAllah…


Sila tengok candy booth yang KLA ambil dengan pakcik google.Cantikkan…







CANDY BOOTH





Wednesday, 8 October 2014

CPUV Nuffnang SME Micro Finance

Assalamualaikum...

Hampir dua tahun KLA ber'blogging',dan baru sebulan dua ini,blog KLA di hujani dengan CPUV Nuffnang.Syukur alhamdulillah.Kalau sebelum ini,untuk dapatkan satu CPUV Nuffnang pun susah,

Rezeki ini datang mencurah bila KLA mula niat untuk betul-betul fokus dalam mencari pendapatan sampingan daripada internet.Memang betul,internet memang boleh buat duit jika kena pada cara nya.

CPUV Nuffnang SME Micro Finance,CPUV Oktober

Alhamdulillah,KLA dapat CPUV Nuffnang yang terbaru pada 6 Oktober iaitu SME Micro Finance.Terima kasih Nuffnang.

SME Micro Finance merupakan iklan daripada pihak Maybank untuk pembiayaan mikro PKS atau lebih dikenali sebagai SME Micro Finance.Sebenarnya,KLA nak tak tahu sangat pasal SME Micro Finance ni.Bukan apa,tulis banyak-banyak kan nanti silap bagi maklumat pula.Oleh itu,kalau anda ingin tahu lebih lanjut tentang SME Micro Finance boleh klik iklan SME yang menari-nari di blog KLA.Mana tahu,SME Micro Finance ini mampu membantu kewangan anda.


Tuesday, 7 October 2014

Resepi : Nasi Goreng Kerang Pedas

Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ini selalu pula KLA masak nasi goreng.Kadang-kadang ada yang dirancang dan ada juga secara kebetulan.Bila tak tahu nak masak apa terus buat keputusan masak nasi goreng kerana masakannya yang mudah.Antara nasi goreng yang pernah KLA berkongsi resepi ialah Nasi Goreng Sardin dan Nasi Goreng Cili Padi



Untuk entri ini,KLA nak berkongsi resepi Nasi Goreng Kerang Pedas.Sebenarnya KLA sendiri tak pasti nak letak nama apa kat nasi goreng ni sebab KLA masak berdasarkan apa barang yang ada di dapur.Pendek kata KLA tangkap muat sahaja bahan-bahannya.Memandangkan dalam nasi goreng ini KLA letak kerang dan rasanya pedas,KLA namakan Nasi Goreng Keras Pedas.

Bahan-bahan : 
Nasi Putih
3 Ulas Bawang Merah *dikisar
1 Ulas Bawang Putih *dikisar
4 Cili Padi *dikisar
2 Sudu hasil kisar Cili Kering
Sedikit Lobak Merah
1 Mangkuk Kecil Kerang ( Yang telah direbus)
1 Biji Telur - Goreng dijadikan scrambled egg
Minyak
Garam

Cara-cara : 
1) Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.
2) Masukkan cili kering yang sudah dikisar dan tumis sehingga pecah minyak
3) Masukkan kerang dan lobak merah.Biarkan sebentar.
4) Masukkan nasi putih,telur,garam.Kacau hingga sebati
5) Bila sudah agak sebati,boleh untuk tutup api.Siap.


SELAMAT MENCUBA





Sunday, 5 October 2014

Blogger Area Mega Give Away


Klik Blogger Area Mega Giveaway untuk sama-sama join.



Selamat Hari Raya AildilAdha

Selamat Hari Raya AildilAdha

Saturday, 4 October 2014

Giveaway Pertama SitiSab



Klik Giveaway Pertama SitiSab Untuk sama-sama rebut hadiah wang tunai RM100

Tag :

Date : 3 Oktober - 3 November 2014



Friday, 3 October 2014

CPUV Nuffnang Proton PCC

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekali lagi,sudah ler yang semalam KLA tak sangka akan dapat CPUV Nuffnang,hari ini berjaya dapat lagi.Syukur,dapat kumpul duit lagi.




Untuk kali ini,KLA dapat CPUV Nuffnang Proton PCC iaitu mengenai kereta terbaru keluaran Proton.PCC bermaksud Proton Compact Car.

CPUV Nuffnang Proton PCC,Proton,Iriz

Kereta terbaru ini namanya Iriz.KLA suka sangat nama ini.Sedap sahaja bunyi nya.Rupanya pun cantik dan kelihatan sporty.Banyak lah ciri-ciri yang bagus dan canggih yang dimiliki oleh kereta Iriz ini.Kalau nak tahu detail mengenai Proton PCC ini boleh lah klik iklan nya bila ternampak di blog KLA.