Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Tuesday, 7 October 2014

Resepi : Nasi Goreng Kerang Pedas

Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ini selalu pula KLA masak nasi goreng.Kadang-kadang ada yang dirancang dan ada juga secara kebetulan.Bila tak tahu nak masak apa terus buat keputusan masak nasi goreng kerana masakannya yang mudah.Antara nasi goreng yang pernah KLA berkongsi resepi ialah Nasi Goreng Sardin dan Nasi Goreng Cili Padi



Untuk entri ini,KLA nak berkongsi resepi Nasi Goreng Kerang Pedas.Sebenarnya KLA sendiri tak pasti nak letak nama apa kat nasi goreng ni sebab KLA masak berdasarkan apa barang yang ada di dapur.Pendek kata KLA tangkap muat sahaja bahan-bahannya.Memandangkan dalam nasi goreng ini KLA letak kerang dan rasanya pedas,KLA namakan Nasi Goreng Keras Pedas.

Bahan-bahan : 
Nasi Putih
3 Ulas Bawang Merah *dikisar
1 Ulas Bawang Putih *dikisar
4 Cili Padi *dikisar
2 Sudu hasil kisar Cili Kering
Sedikit Lobak Merah
1 Mangkuk Kecil Kerang ( Yang telah direbus)
1 Biji Telur - Goreng dijadikan scrambled egg
Minyak
Garam

Cara-cara : 
1) Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.
2) Masukkan cili kering yang sudah dikisar dan tumis sehingga pecah minyak
3) Masukkan kerang dan lobak merah.Biarkan sebentar.
4) Masukkan nasi putih,telur,garam.Kacau hingga sebati
5) Bila sudah agak sebati,boleh untuk tutup api.Siap.


SELAMAT MENCUBA





4 comments:

  1. wah menarik ni, sebab selama ni belum pernah masak nasi goreng kerang... boleh cuba boleh cuba...thanks for sharing KLA...

    ReplyDelete
  2. yummy. suami cx pon cmtu, die kate tkya ssh2, buat nasi goreng je. huhuhu sonang koje eden haha

    ReplyDelete
  3. CT suka kerang CT suka nasi goreng.. tapi tak berapa suka makanan pedas kekeke..

    ReplyDelete