Assalamualaikum.
KLA ni bukannya pengemar permainan candy crush.Main pun ikut
mood.Biasa main bila rasa susah nak tidur,KLA buat candy crush sebagai ubat
tidur.Tapi bila berdepan dengan level yang susah untuk dilepas,KLA akan henti
seketika bermian.Level game pun masih rendah iaitu level 107 jika nak
dibandingkan dengan otai-otai candy crush yang lain.
Tapi,bila KLA main candy crush ini,satu sahaja yang KLA
rasa,kehidupan kita ini umpama candy crush. Banyak halangan dan dugaan yang
datang untuk mencapai kejayaan.Kadang kala,kita dapat rasakan halangan tersebut
tidak mampu atau logik untuk kita tempuhi.Ada kala juga,bukan satu halangan
yang datang,namun dua atau tiga halangan yang akan datang serentak.Tapi,kita
akan usaha juga untuk melepasi halangan tersebut dalam mencapai kejayaan.
Begitu juga kehidupan kita,seharusnya kita tidak mudah putus
asa dalam berdepan dengan pelbagai halangan dan dugaan yang datang kerana
kejayaan akan pasti milik kita.
Candy crush bukan sahaja menumpukan pada halangan,kita juga
perlu menumpukan pada perancangan. Hendak
berjaya dalam permainan itu,bukannya boleh match sesuka hati.Perlu lah
merancang untuk mendapatkan icon yang istimewa macam icon donut yang akan
membantu kita mencapai kejayaan dalam level itu.
Sama juga seperti hidup kita,perancangan itu penting.Kita
perlu merancang untuk hari esok,lusa,minggu hadapan,bulan hadapan,tahun
hadapan.Hidup yang terancang akan mencantikkan lagi warna kehidupan kita.
Oleh itu,jangan lah sesekali putus asa kerana kejayaan pasti
akan milik kita.PEACE