Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Sunday 19 October 2014

Hidup ini umpama Candy Crush

Assalamualaikum.

KLA ni bukannya pengemar permainan candy crush.Main pun ikut mood.Biasa main bila rasa susah nak tidur,KLA buat candy crush sebagai ubat tidur.Tapi bila berdepan dengan level yang susah untuk dilepas,KLA akan henti seketika bermian.Level game pun masih rendah iaitu level 107 jika nak dibandingkan dengan otai-otai candy crush yang lain.

Hidup ini umpama Candy Crush,Cabaran,Halangan,Rintangan

Tapi,bila KLA main candy crush ini,satu sahaja yang KLA rasa,kehidupan kita ini umpama candy crush. Banyak halangan dan dugaan yang datang untuk mencapai kejayaan.Kadang kala,kita dapat rasakan halangan tersebut tidak mampu atau logik untuk kita tempuhi.Ada kala juga,bukan satu halangan yang datang,namun dua atau tiga halangan yang akan datang serentak.Tapi,kita akan usaha juga untuk melepasi halangan tersebut dalam mencapai kejayaan.

Begitu juga kehidupan kita,seharusnya kita tidak mudah putus asa dalam berdepan dengan pelbagai halangan dan dugaan yang datang kerana kejayaan akan pasti milik kita.

Candy crush bukan sahaja menumpukan pada halangan,kita juga perlu menumpukan  pada perancangan. Hendak berjaya dalam permainan itu,bukannya boleh match sesuka hati.Perlu lah merancang untuk mendapatkan icon yang istimewa macam icon donut yang akan membantu kita mencapai kejayaan dalam level itu.

Sama juga seperti hidup kita,perancangan itu penting.Kita perlu merancang untuk hari esok,lusa,minggu hadapan,bulan hadapan,tahun hadapan.Hidup yang terancang akan mencantikkan lagi warna kehidupan kita.


Oleh itu,jangan lah sesekali putus asa kerana kejayaan pasti akan milik kita.PEACE



5 comments:

  1. Salam singgah hujung minggu KLA...hidup kena di teruskan walau apa pun halangan dan rintangan....

    ReplyDelete
  2. betul tuh KLA..lau xde plan dalam hidup nih susah..so same2 lah kite semua berusaha..hehe..chayok2.

    ReplyDelete
  3. betul3 .. walau susah, beronak berliku, pasti akan ada jalan untuk keluar dari semua tue .. :)

    ReplyDelete
  4. nice sharing. sy pun suka main candy crush mmg ada level yg payah nak menang, kira sama konsep yg KLA ckp mengenai hidup kita :)

    ReplyDelete
  5. setuju sgt KLA, konsep sama je dgn khidupan kita..susah ke senang terpaksa jgk kite tempuh kan ;) btw nice sharing..

    ReplyDelete