Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Tuesday, 21 October 2014

Jeruk Epal Hijau Asam Boi

Assalamualaikum....

Fenomena Jeruk Mangga Asam Boi buat semua orang mencari resepi.Ada yang nak senang dengan beli secara online.Peniaga yang menjual jeruk mangga asam boi ini pun semakin ramai dan harga pun mendadak naik.Itu belum lagi tengok harga mangga.Mesti harga pun meningkat.Jangan yang ada pergi curi mangga jiran sudah ler...


KLA cuba buat jeruk epal hijau asam boi.Sahaja untuk ubah kelainan.Ye ler,risau juga kerana pengaruh mangga,mangga kat pasar kehabisan stok.Apa kata cuba kelainan dengan menggunakan epal hijau pula.

Bahan :
8 Epal Hijau Saiz kecil ( Buang Kulit)
3 Sudu Gula ( Ikut tahap manis yang dikehendaki)
10 Biji Asam Boi
4 Cili Padi ( Ikut kepedasan yang dikehendaki)

Cara : 
1-Potong buah epal dan rendam dalam air garam
2- Toskan epal dan gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
3- Simpan dalam peti sejuk untuk tempoh 4 - 5 jam.
4- Siap untuk di makan...


SIMPLE DAN BEST


10 comments: