Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Saturday 16 February 2013

Sup Ayam

Fuh,dah lama aku tak kongsi resepi...
Hari ni aku nak kongsi resepi sup ayam....
Ahak!sup ayam aje?hahahaa....peduli apa...nak letak jugak...
Tujuan aku kongsi nih bukan apa...untuk simpanan aku jugak...bila takde idea nanti-nanti,aku boleh rujuk pada blog aje...;)
Resepi ni jugak boleh buat panduan buat siapa-siapa yang ingin belajar memasak....simple resepi...:)


Bahan-bahan:

4-5 ketul ayam
2 ulas bawang putih}dihiris halus
3 ulas bawang merah}dihiris halus
1 kuntum bunga lawang
1 bunga cengkih
1 kayu manis
1 biji kentang
1 biji lobak merah (size kecil)
1 inci halia
4 batang cili
Daun sup}dicincang halus
Lada sulah
Sedikit minyak

Cara-cara:

1.Tumis bunga lawang,cengkih,kayu manis,bawang putih,bawang merah,halia sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan ayam,kentang,lobak merah,lada sulah dan cili.Setelah bahan-bahan itu setengah masak,masukkan air ke dalam periuk dan biarkan ianya mendidih.
3.Apabila isi ayam,kentang telah empuk,padamkan api dan tabur daun siap.
4.Siap untuk dihidang.

Selamat Mencuba!!

Friday 15 February 2013

First giveaway by Heirizalieyana


Wow...join segmen lagi....


Ada pelbagai hadiah yang disediakan oleh para sponsor..
Ahak...aku salah seorang sponsor nya...;)


Jom join ramai-ramai disamping memeriahkan lagi dunia blogging...

Cuti-cuti Terengganu 3

Sememangnya semua orang tahu mengenai keropok lekor Losong kan?....

Pertama sekali aku nak bagitahu 'keropok lekor' dengan 'keropok losong' adalah benda yang sama.
Aku cakap macam nih coz aku ada tengok signboard kedai kat Kelate (kebetulan ada lalu Kelate)

"Disini ada menjual keropok lekor & keropok losong"

Ayat tu menunjukkan ada dua jenis keropok iaitu satu keropok lekor,satu kerepok losong.Setahu aku,dua-dua perkataan itu adalah benda yang sama.Istilah yang betul ialah keropok lekor.

Habis tu keropok losong tu pulak?....Sebenarnya keropok lekor ni banyak wujud di Kampung Losong...So,keropok lekor + Kampung Losong = keropok losong....harap kalian tak keliru...

Tapi sekarang di Terengganu,keropok lekor yang glemer dan hot ialah Keropok Lekor Bukit Tok Beng iaitu terletak di Kampung Bukit Tok Beng,Seberang Takir.

Kedai nya biasa aje...tapi kesedapan keropoknya menyebabkan owner kedai terpaksa menggunakan sistem nombor..Macam kat bank lak...


Ambil no belum tentu boleh dapat....huhuhuuu...so,kalau nak jugak,terpaksa ler pergi ambil no giliran di awal pagi ye untuk elak daripada tertunggu-tunggu no giliran...Kalau lambat datang,boleh menyebabkan anda menunggu 3-4 jam....ada juga yang akan pulang dengan hampa....


Sementara menunggu no giliran dipanggil,cuba ler keenakkan jelly kelapa...hanya RM1.20
 

Selain keropok lekor,keropok segera,sos pencicah dan pelbagai kerepek juga ada dijual di sini


Suasana orang ramai menunggu no giliran.


Oleh kerana terpaksa menunggu no giliran yang lama,aku sarankan sesiapa yang ingin membeli keropok Bukit Tok Beng ini,sebaiknya membuat tempahan awal iaitu sehari sebelum dengan menghubungi no telefon di atas...


Thursday 14 February 2013

Cuti-cuti Terengganu 2

Wokeh!! sambungan Cuti-cuti Terengganu 1 

Yang paling aku suka kat Terengganu ialah lepak-lepak di tepi pantai...
Terengganu ni banyak pantai tapi takde pantai pun di Terengganu yang boleh mandi...
Awas!!! merbahaya!




Inilah aktiviti aku di waktu petang...duduk mengadap laut....
Rasa tenang aje bila pandang pantai yang luas....;)

Kat Terengganu jugak glemer mengenai celup tepung..
Orang Terengganu makan ikan,sotong dengan ratah macam tu aje...tanpa nasi...cicah sos.


Udang celup tepung,Ikan celup tepung,Sotong celup tepung...


Sotong celup tepung yang sedia untuk di makan...nyummy...


Biasanya penjual guna ikan kembung untuk buat ikan celup tepung.

Gerai celup tepung ini boleh didapati di tepi-tepi pantai.
Boleh pilih aje mana-mana gerai cuma hati-hati dengan harga...
Pastikan anda bertanya harga terlebih dahulu sebelum buat keputusan untuk membeli kerana harga setiap item berbeza mengikut size dan musim...


*Sorry...next entry baru ada story kerepok lekor...huhuuhhu

Wednesday 13 February 2013

Cuti-cuti Terengganu 1

Chinese New Year di Terengganu....
La..la..la..la....

Cuti CNY lalu....9hb Feb - 12hb Feb aku me'relax'kan diri di Terengganu.
Actually,Terengganu sememangnya tidak asing lagi bagi ku kerana di sini ler aku dilahirkan dan dibesarkan...
Kira balik kampung ler nih...cuma sekarang aje dah tak menetap di sana...

Kalau di Terengganu,makanan yang wajib aku makan ialah Nasi Dagang dan Nasi Kerabu




Nasi ni merupakan campuran beras + beras pulut dan rupanya pun macam pulut jugak ler...
Lauknya pula ialah gulai ikan tongkol...pekat gula tuh...Buat lak letak kuah banjir...fuh...eeemmmm...Terbaik!!
Biasanya nasi dagang nih dibungkus panjang dalam daun pisang.


Nasi Kerabu lak merupakan makanan tradisional Kelate but femes jugak di Terengganu..Pada pengemar ulam-ulaman mesti suka ler nasi kerabu nih coz nasi nih dipenuhi dengan ulam...Ada yang buat nasi warna biru dan ada juga buat warna putih...terpulang pada tukang masaknya...rasanya sama aje...

Short entry...esok aku post lak mengenai pantai dan keropok lekor....;)

Tuesday 12 February 2013

Pemenang Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~

Maaf lambat umum...coz baru balik daripada bercuti..

Alhamdulillah segmen yang pertama kali aku anjurkan mendapat sambutan....

Segmen yang aku namakan Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~ itu telah berlangsung antara 23 Januari 2013 hingga 9 Februari 2013...

Ramai juga yang menyertainya...syukur...syukur...boleh anjurkan lagi segmen nih...;)

Bila tarikh tutup dah berakhir...mesti ramai yang tertunggu-tunggu siapa pemenangnya...
Peserta diadili berdasarkan jumlah peningkatan follower terbanyak daripada tarikh peserta join segmen nih hingga tamat tarikh tutup segmen serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan...

Pemenang Pertama:
Hadiah: 
Buku Nota(Handmade by Felt Craft Lestari) + Topup RM10

Pemenang Kedua:
Hadiah:
Topup RM10


Pemenang Pertama:
Yumida Huda

Pemenang Kedua:
Heirizalieyana

Tahniah buat para pemenang!!

Saturday 9 February 2013

Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~

Jom join... 
"Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~

Syarat
1.Follow blog Kasih Lestari Abadi
2.Buat entri.Cerita ler apa yang kalian nak citer....Tapi tajuk mestilah : Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~
3.Letak banner di bawah dalam entri tersebut dan link ke entri ini.


4.Letak screen shot follower kalian beserta jumlah follower ketika join segmen ini


Jumlah follower terkini: 47

4.Letak URL entri kalian ke ruang komen di bawah.Yang letak URL di ruang komen sahaja yang akan dianggap peserta.

Tempoh Segmen:
12.01 pagi 23 Januari 2013 hingga 12.00 malam 9 Februari 2013

Hadiah
Pertama :
Buku Nota (Handmade by Felt Craft Lestari berharga RM20) + Topup RM10
Kedua :
Topup RM10

Pemenang akan di adili berdasarkan jumlah penambahan follower terbanyak dari tarikh join segmen ini hingga tarikh segmen ditutup.

Keputusan akan diumumkan 2 hari selepas tarikh tutup.

Gong Xi Fa Cai


Selamat Bercuti!!!