Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Thursday 18 April 2013

Keistimewaan Al-Fatihah


1 - Baca 14 kali sebelum tidur,InsyaAllah suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian InsyaAllah melepaskan rasa sakit dalaman

3 - Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur kepada orang berpenyakit mental

4 - Baca 3 kali tiup dalam segelas air, InsyaAllah minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Terutama sakit yang keterlaluan.

5 - Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit,luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

PERINGATAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA

Wednesday 17 April 2013

Mini Segmen By DiyanaHani


(Klik banner untuk join!!)

Tarikh : 15 April 2013 hingga 30 April 2013

Hadiah yang bakal dimenangi:
1) 1 Bekas pensel rilakkuma
2) 5 Button badge DiyanaHani
3) Keychain anak patung
4) 1 Topup RM5


SEGMEN SEMINGGU BLOG HAZWANHAIRY


(Klik Banner Untuk Join!)

Tarikh Tutup : 25 April 2013

Hadiah:


Utama:Baju I LOVE BLOGGING

4x Pemenang Topup RM5



Monday 15 April 2013

Nasi Goreng Simple



Bahan-Bahan:

Nasi
2 ulas bawang merah(ditumbuk)
1 ulas bawah putih(ditumbuk)
1/2 inci halia(ditumbuk)
5 biji cili padi(ditumbuk)
1 sudu sos tiram
1 sudu sos lada hitam
1 biji telur
fishcakes
lobak merah
garam

Cara-cara:
1-Goreng telur dan kacau (buat mcm scramble egg).Angkat dan ketepikan
2-Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
3- Kemudian masukkan sos tiram,sos lada hitam,fishcakes,lobak merah
4.Masukkan pula nasi,telur dan sedikit garam.
5- Siap dan sedia untuk dihidangkan

Kenapa Jepun Boleh Maju Ke Hadapan...

  • Walaupun Jepun salah satu negara terkaya di dunia,mereka tidak mempunyai orang gaji.Ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan ke atas anak-anak mereka.
  • Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakan Jalan Ke Arah Akhlak di mana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.
  • Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan,kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi,bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi.
  • Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah disterilkan dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia muda.
  • Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka.Faktor ini membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat ke arah kebersihan.
  • Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai jurutera kesihatan yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan,tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.
  • Di larang menggunakan handphone di dalam tren atau keretapi,restoran dan tempat-tempat yang tertutup,dan dinamakan status silent di handphone sebagai akhlak/etika.
  • Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka,kerana pengetua menganggap pelajarnya adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
  • Kadar kelambatan keretapi adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun.Ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa,dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.
  • Jika anda pergi ke restoren buffet di Jepun,anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja,dan tidak akan meninggalkan apa-apa sisa makanan di atas pinggan.




Sunday 14 April 2013

Sambal Kerang

Kerang...kerang....
Dulu aku tak suka kerang,tapi lepas aku perlu 'tambah darah'(darah rendah),
terpaksa ler aku belajar makan kerang...
Bila dah belajar,jadi jatuh cinta lak dengan kerang nih...
Biasa kalau beli nasi lemak,aku akan minta lauk sambal kerang....huhuhuuu

Okey!kali ini aku nak kongsi resepi sambal kerang lak...
simple resepi but yummy...


Bahan-bahan:
1 Kg Kerang (rebus dan dibuang kulitnya)
3 Sudu Cili -kisar
5 Ulas Bawang Merah-kisar
3 Ulas Bawang Putih - kisar
1 Inci Halia-kisar
Air asam jawa
1 Bawang besar-potong bulat
Garam
Gula

Cara-cara:

~~Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak.Guna api sederhana dan selalulah kacau.
~~Masukkan air asam jawa dan masak lagi sehingga kuah menjadi pekat.
~~Masukkan bawang besar,kerang,garam dan gula secukup rasa.
~~Didihkan dan kacau sehingga sebati.
~~Sedia dihidangkan....

**Sedap makan bersama nasi lemak...


Friday 12 April 2013

Apa itu Doodle?

Apa itu Doodle?

Doodle ialah lukisan atau coretan pada kertas yang dilukis oleh individu dalam keadaan tidak sedar iaitu lukis ketika perhatian dia kat tempat lain.

Doodle vs blog.....doodle dalam blog ibarat macam avatar,iaitu graphical represantation atau perwaikilan watak dalam bentuk grafikal bagi menunjukkan karektar.Ianya boleh jadi dalam bentuk virtual,3D,2D atau hanya icon seperti yang biasa digunakan dalam forum.


Ini doodle aku yang dibuat oleh Fiz Graphic
Doodle ni aku dapat coz join "Segmen Blogger Muslimah"
Owner  tawarkan 100 doodle untuk 100 peserta terpantas join segmen.
Dan Alhamdulillah....aku dapat...

Thanks Fiz Graphic

Monday 8 April 2013

Puding Triffle

Asyik kongsi resepi goreng-goreng aje kan...
Ahak...hari ni nak kongsi resepi puding triffle lak...yummy...yummy

Bahan-bahan:
1 Gulung kek swissroll
250g campuran buah cocktail
250ml Susu Cair
250ml Air
4 Sudu tepung kastard(bancuh dengan 125ml air-bukan yg 250ml air seperti di atas ye)
7 Sudu Gula
90g Serbuk Jely + 400ml air

Cara-cara:
~~Potong kek swissroll dan susun di dalam bekas acuan.Tuangkan sedikit air buah cocktail sehingga kek menjadi lembab.Ketepikan.
~~Masak susu cair,gula,dan 250ml air di atas api sederhana
~~Masukkan bancuhan kastard tadi dan kacau sehingga menjadi likat dan berkilat.
~~Tuang adunan kastard tadi di atas kek dan ratakan.
~~Taburkan buah cocktail ke  atas kastard.
~~Tunggu kastard sejuk dan kemudian masak jelly sehingga larut.
~~Masukkan jelly ke atas taburan buah cocktail tadi.
~~Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sebelum dihidangkan.



(Guna jelly putih (laici),itu tak kan perasan ada jelly atas sekali)