Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Monday 15 April 2013

Kenapa Jepun Boleh Maju Ke Hadapan...

  • Walaupun Jepun salah satu negara terkaya di dunia,mereka tidak mempunyai orang gaji.Ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan ke atas anak-anak mereka.
  • Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakan Jalan Ke Arah Akhlak di mana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.
  • Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan,kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi,bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi.
  • Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah disterilkan dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia muda.
  • Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka.Faktor ini membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat ke arah kebersihan.
  • Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai jurutera kesihatan yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan,tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.
  • Di larang menggunakan handphone di dalam tren atau keretapi,restoran dan tempat-tempat yang tertutup,dan dinamakan status silent di handphone sebagai akhlak/etika.
  • Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka,kerana pengetua menganggap pelajarnya adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
  • Kadar kelambatan keretapi adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun.Ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa,dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.
  • Jika anda pergi ke restoren buffet di Jepun,anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja,dan tidak akan meninggalkan apa-apa sisa makanan di atas pinggan.




2 comments:

  1. Rakyat jepun memang berdisiplin ☺☺

    ReplyDelete
  2. sbb tuh dorang maju, :) mlaysia kne ikut contoh diorang.sngat brdisiplin

    ReplyDelete