Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Friday 15 November 2013

End Year Giveaway by Sabrina SA & Nur Farizah


Thursday 14 November 2013

Daim Giveaway By Akma!!


( Klik banner untuk sama-sama join)

TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY


ASSALAMUALAIKUM

Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..


Resepi : Omelette Sardin

Assalamualaikum...

Bosan asyik masak telur dadar cara sama?Jom...kita masak cara lain pula...

KLA nak kongsi resepi omelette sardin...letak sardin dalam masakan telur...



(maaf ler...rupa tak lawa,tapi best!!)

Bahan-bahan :

1 Tin Sardin Kecil
3 Biji Telur
4 Biji Cili padi - dihiris
2 Biji Bawang Merah - Dimayang

Cara:
1. Asingkan ikan sardin dan kuah.Hancurkan ikan sardin tersebut.
2. Pecahkan telur dan pukul.
3. Masukkan ikan sardin yang telah dihancur tadi,bawang merah,cili padi,garam
4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng seperti biasa.
5.Sedia untuk dihidangkan...



Wednesday 13 November 2013

20 Tip Murah Rezeki Cara Islam Part 2

Assalamualaikum....

Sambungan 20 tip murah rezeki cara Islam part 1 semalam....

#11 - Menjalin silaturrahim : Insya Allah seseorang itu akan dilapangkan rezekinya jika dia merapatkan silaturrahim dengan semua orang.

#12 - Melazimi kekal berwuduk : Dengan menjaga kebersihan dan sentiasa bersih daripada hadas juga dikatakan punca kepada keluasan rezeki yang akan Allah SWT  akan kurniakan.


#13 - Bersedekah : Sedekah mengundang rahmat Allah SWT  dan juga akan menyuburkan lagi rezeki yang diperolehi.Jangan risau,Allah SWT  akan melipat gandakan rezeki kepada pemberi sedekah.Bersedekah tidak akan mengurangi walau sedikit pun rezeki kita,malahan semakin bertambah.

#14 - Melazimi solat malam : Solat malam seperti solat tahajud sangat baik dijadikan amalan rutin demi mendapatkan keredhaan Allah SWT kerana pada waktu itulah waktu yang mustajab untuk berdoa.

#15 - Melazimi solat dhuha : Amalan solat dhuha yang dilaksanakan sewaktu orang sedang sibuk dengan urusan duniawi juga mempunyai rahsianya tersendiri.Amalkan.

#16 - Sentiasa bersyukur kepada Allah : Setiap waktu dan ketika,kita sebagai hamba-Nya  wajib bersyukur atas segala kurniaan-Nya.Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah SWT.

 HOT: Siapa yang ada blog,suka tulis kisah jiwang,boleh menang RM5,000 KLIK SINI
HOT: Between these two types of parties,which is more fun to you?

#17 - Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran : Zikir daripada ayat-ayat Al-Quran atau Asma'ul Husna selain menenangkan hati,ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu,terbukanya pintu hidayah,dimudahkan kefahaman agama,diberi kemanisan imam dan dilapangkan rezeki.

#18 - Berdoa : Berdoa menjadikan seorang hamba itu dekat dengan Allah SWT,penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya.

#19 - Berikhtiar atau berusaha sehabisnya : Barangsiapa berusaha pasti dia akan mendapat memperolehi hasilnya.Perkara ini adalah sunnatullah.

#20 - Bertawakal : Dengan bertawakal semata- mata kepada Allah SWT ,seseorang itu akan direzekikan  dengan rasa kaya secukupnya.

20 Tip Murah Rezeki Cara Islam Part 1

Tuesday 12 November 2013

BIG HOLIDAYS GIVEAWAY by ASNAWI HASSIM



BIG HOLIDAYS GIVEAWAY BY ASNAWI HASSIM
TEKAN BANNER UNTUK SERTAI
Hadiah Giveaway ini disponsor oleh AsnawiHassim ,Tshirt Express - Custom Design ,
Alia Rosli ,Adam Faiz ,Wanie ,Nur Syazlia ,Izzah Alyah ,Green leaf ,ZakieAzid ,HidayahSuhailee ,Simple Syara ,AinRahman dan MunirahRahman
Hadiah Giveaway ini adalah 
T-shirt Running Man x1, Personal custom T-shirt x1, 
Fridge magnet x1, Niqaab x1, Doodle x2, Kawaii Doodle x2, Hadiah misteri x3, Topup RM10 x1, 
Topup RM5 x2, Topup RM5 x2, Review blog x2, Cash RM5 x2
20 PEMENANG DICARI. CEPAT SERTAI GA INI MUNGKIN ANDA YANG AKAN MEMENANGI ANTARA HADIAH MENARIK INI!



20 Tip Murah Rezeki Cara Islam Part 1

Assalamualaikum

KLA nak kongsi tip murah rezeki cara Islam...

#1 - Menyempatkan diri beribadah : Allah SWT telah berjanji tidak akan mensia- siakan hamba-Nya yang sentiasa mengabdikan dirinya kepada Allah walaupun apa jua keadaan.Oleh yang demikian,walau sibuk macam mana pun,bahagi lah masa dengan sebaiknya untuk tunaikan solat 5 waktu serta beribadah sebanyak- banyaknya.


#2 - Memperbanyakkan istighfar : Istighfar adalah lafaz atau perbuatan rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di hadapan Allah SWT,yang menjadi penyebab Allah jatuh kasih dan kasihan terhadap hamba-Nya lantas Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.Dengan selalu mengamalkan beristighfar,insya Allah dosa-dosa kecil yang selama ini dilakukan akan dapat dihapuskan dengan izin Allah SWT.

#3 - Wajib tinggalkan maksiat : Dosa yang dilakukan akan menjadi batu penghalang daripada rezeki mengalir kepada kita.Betapa pentingnya kita menjaga amalan supaya rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kita itu adalah beserta dengan berkat dari-Nya.
#4 : Sentiasa ingat kepada Allah : Dengan banyak mengingati Allah SWT ,ia akan membuat hati kita menjadi tenang dan kehidupan terasa lapang.Kelapangan rezeki seperti ini hanya dapat dinikmati oleh orang- orang yang beriman.Ketenteraman inilah yang sebenarnya menjadi dambaan seluruh umat manusia.Hanya zikirlah yang mampu memberikan ketenangan jiwa zahir dan batin kepada kita.

#5 : Berbakti mendoakan ibu bapa : Mendoakan kedua ibu bapa juga menjadi sebab terbukanya pintu rezeki.Ini kerana mereka lah yang telah bersusah payah melahirkan,membesarkan dan mendidik kita sehingga dewasa dan berjaya menguruskan kehidupan sendiri.Berbaktilah kepada kedua-dua orang tua selagi mereka masih bernafas kerana ia menjadi sebab yang kukuh mengalirnya sungai dan limpahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita.

#6 : Membantu mereka yang lemah : Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah mengembirakan dan meraikan orang tua,orang sakit,anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.

#7 : Tunaikan hajat orang lain : Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah SWT permudahkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri.

#8 : Banyak berselawat - Wujud hadith yang menyeru kita supaya berselawat jika hajat atau cita- cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya sebuah hajat.

#9 : Berbuat kebajikan - Sekiranya kita sentiasa melakukan kebaikkan di dunia ini,seluruh isi alam ini,pohon-pohon, alam semesta dan seluruh ciptaan Allah SWT akan turut mendoakan kita.Insya-Allah pastinya pintu rezeki juga akan terbuka luas.

#10 : Berpagi - pagi - Ianya bermaksud memulakan aktiviti harian sebaik - baik selesai solat Subuh adalah amalan yang berkat.Dikala pagi,kita akan menjadi lebih cergas dan otak juga akan menjadi lebih cerdas. Apabila otak dan minda telah bersedia,segala urusan akan menjadi lebih mudah,teratur dan terurus dengan baik.

Sabar menanti Part 2 yer.....thanks...

Review blog: Story Story Nadia

Assalamualaikum....

Hari ni KLA nak review blog...sepatutnya dah lama KLA kena settlekan review blog,tetapi kerana beberapa hal dan masalah,semua hal-hal blog tertangguh.Apa pun,KLA akan cuba untuk menunaikan semua janji yang telah dibuat....Maaf buat sesiapa yang terlibat yer....



Story Nadya dimiliki oleh Cik Nadya yang begitu meminati kpop yang sememangnya diminati ramai oleh remaja masa kini..Blog beliau pula banyak berkisahkan pahit manis kehidupan beliau.

Entri beliau yang KLA suka ialah kisah beliau travel ke London...wawaaaa...Jelous nya dapat ke London...KLA belum berpeluang lagi ke sana...Kalau ke Makkah tuh,Alhamdulillah KLA pernah sampai...
Harap suatu hari nanti KLA dapat sampai juga ke sana....;)

Siapa yang belum follow blog Cik Nadya ni,boleh ler terjah di blog beliau sekarang...
Ayuh....ayuh...