Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Sunday 14 September 2014

Mini MMR Giveaway



(Klik banner untuk join)

Due Date : 25 September

5 Cara Promosi Affiliate

Assalamualaikum....

Kini,semakin ramai yang sudah berjaya membuat duit di internet tanpa modal.Iya lah,dengan sara hidup yang semakin meningkat,anda perlu lah mencari alternatif lain untuk menambah sumber pendapatan selain daripada bergantung dengan pekerjaan tetap anda.Dan juga,ramai yang sudah berjaya mendapat pendapatan secara sepenuh masa  daripada internet.Antara cara buat duit yang boleh menambah pendapatan anda ialah affiliate.

Untuk menjana pendapatan melalui affiliate,anda perlu tahu cara mempromosikan link yang diberi.Oleh demikian,untuk cara promosi affiliate yang perlu anda tahu ialah :

~ Promosi menggunakan blog
Ramai yang akan menggunakan blog sebagai medium promosi mereka.Di blog,anda boleh melakukan promosi affiliate dengan meletak banner pada blog.Gambar dan ayat yang power mampu menarik minat pembaca untuk klik pada banner yang akan di link ke web affiliate anda.Selain itu,anda juga boleh menggunakan cara review produk iaitu anda menulis entri mengenai produk tersebut.Ceritakan segala info dan kelebihan produk anda itu.Jangan lupa,sertakan sekali link affiliate anda pada entri tersebut.

~ Promosi menggunakan pengiklanan percuma
Banyak terdapat web yang menawarkan pengiklanan percuma.Anda boleh menghantar atau meletakkan link affiliate anda di web tersebut.

Cuba lah tengok hasilnya,apabila KLA menaip Iklan percuma di google:

4 Cara Promosi Affiliate,Affiliate,promosi,buat duit affiliate,kasihlestariabadi


~ Promosi menggunakan forum
Anda boleh mempromosikan link  affiliate di forum.Lagi bagus kalau forum yang anda sertai itu sama niche dengan produk affiliate anda.Cara mempromosikannya dengan meletakkan link affiliate anda di ruangan signature.Anda boleh membuat signature dengan meletakkan ayat-ayat power yang boleh menarik minat pembaca untuk klik link tersebut.

~ Promosi menggunakan facebook
Ini merupakan antara medium promosi yang popular dan berpotensi  tinggi kerana sehari ke sehari,pengguna internet semakin bertambah.Di facebook,anda boleh mempromosikan link affiliate dengan membuat post pendek dan disertakan sekali link di timeline,meninggalkan link di facebook group atau page.Tapi ingat,jangan membuat promosi secara spam atau tag rakan-rakan sesuka hati.

~ Promosi menggunakan email
Sesetengah blogger mempunyai mailing list yang tersendiri.Untuk mempromosikan dengan menggunakan email,anda boleh membuat review produk anda itu dan hantar ke semua mailing list.Review itu juga boleh dibuat secara bersiri.Maksudnya,hantar 3-4 email yang bercerita tentang produk anda itu.

Anda boleh melakukan cara promosi ini secara serentak atau fokus terhadap satu cara terlebih dahulu.Jika kena dengan caranya dan ayat power,tidak mustahil untuk anda mendapat pendapatan dengan affiliate sehingga 4 angka.


ANDA PATUT TAHU DAN BACA :
~ Tengok betapa cantiknya Filipina
~ Kisah rakyat Malaysia dan Maggi
~ Dengan selfie,anda layak dapat ipad?





Resepi : Cucur Jagung Udang

Assalamualaikum....

Sudah lama pula KLA tak kongsi resepi kan?Hari ini KLA akan cuba untuk berkongsi resepi setiap hari...cuba ok..

Pagi semalam,KLA terfikir,rasa macam sudah lama pula KLA tak makan jagung.Jagung tu kalau dapat buat cucur ke,bubur ke,rebus sahaja ke kan best.Sekali pada petangnya,ada jiran bagi jagung mentah.Ini namanya rezeki.KLA pun pilih untuk masak cucur jagung udang.Tengok bahan-bahan kat dapur pun lengkap.Jom kita layan resepi cucur jagung udang

Resepi Cucur Jagung Udang,Cucur,jagung,udang,senang,mudah

Bahan-bahan

2 Jagung ( ambil isinya)
5-6 Ekor udang ( kalau nak rasa lebih udang tambah lagi banyak-potong kecil)
2 Cawan tepung gandum
3-4 cili padi ( boleh untuk tidak letak jika tak mahu pedas-ditumbuk)
Sedikit daun kucai
Sedikit garam
Sedikit Kunyit
Air

Cara-cara
1- Campurkan semua bahan di atas dan air dimasukkan secara sedikit demi sedikit sehingga bancuhan sebati.
2- Goreng dan siap untuk dihidangkan...semudah 123


Hidangan ini sesuai dihidangkan pada waktu petang.



ANDA PATUT TAHU DAN BACA :





CPUV Nuffnang : RWG - Ice Age Adventure

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...syukur...syukur dan terus bersyukur.

KLA dapat CPUV Nuffnang lagi.CPUV Nuffnang RWG-Ice Age Adventure.Ini merupakan CPUV ketiga buat KLA untuk bulan September.Kalau sebelum ini KLA susah juga nak dapat CPUV,tapi ini mungkin KLA mula mengamalkan cara meningkatkan CPUV Nuffnang.

CPUV Nuffnang,Resorts World Genting,Ice Age Adventure,Kasihlestariabadi,Nuffnang


Mulai  1 September,IceAge Adventure muncul di Resorts World Genting sehingga 26 Oktober 2014 dimana Manny, Ellie,Sid,Diego Scrat akan membawa anda sekeluarga mengembara ‘ICE-Traordinary’ termasuk permainan dan hiburan.Anda juga boleh merakam foto sebagai kenangan bersama Ice Age Adventure.

CPUV Nuffnang,Resorts World Genting,Ice Age Adventure,Kasihlestariabadi,Nuffnang

Nak tahu seronok ke tak berkunjung ke Ice Age Adventure,anda boleh baca testimoni penjung yang sudah merasai kesoronokkan itu.Sekarang sudah tiba musim cuti sekolah,sesuai sangat untuk anda membawa anak-anak bercuti di Resorts World Genting sambil menikmati Ice Age Adventure.



ENTRI LAIN TENTANG NUFFNANG :
~ Cara Letak Kod Iklan Nuffnang di Blog
~ Cara Buat Duit Dengan Nuffnang

ANDA PATUT TAHU DAN BACA :
~ Apa syampu yang memberi pemakai hijab tumpuan dan keyakinan diri?
~ Kereta Proton terbaru yang hangat diperkatakan sekarang
~ Hanya perlu tag kawan untuk menangi RM500






Simple Segmen By Ainim Rashihah

Assalamualaikum...

Hari cuti begini, Ainim nak buat simple segmen khas buat pengikut dan juga pembaca blog AinimRashihah.blogspot.com. Segmen ni kita main klik klik je tau.

Syarat segmen pun mudah sesangat.
1 - Buat satu entri dengan tajuk "Simple Segmen By Ainim Rashihah"
2 - Terbuka untuk pengikut dan pembaca blog ini. Kalau belum, sila follow dulu ya.
3 - WAJIB klik setiap link 'This' di bawah ini.
4 - Copy coding yang diberi ini, dan paste ke HTML. Dah siap ikut semua step, Tinggalkan URL            penyertaan di kotak komen dibawah ini ya.

Segmen ni berlangsung sampai hari Ahad, 14 September 2014, jam 8pm je ya. Dah nama pun simple segmen kan. Selamat bersegmen semua.



Saturday 13 September 2014

CPUV Nuffnang : RMK Autumm/Winter Collections


Asslaamualaikum....

Alhamdulillah...Syukur...Dapat CPUV lagi.KLA dapat CPUV Nuffnang RMK Autumm/Winter Collections.Harap lama lah dia berada di blog KLA.


Mungkin ada yang tak tahu dan nak tahu apa itu RMK.RMK adalah satu jenama kosmetik dari Jepun yang menghasilkan produk kosmetik seperti barangan make up.Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk mereka boleh lihat di SINI . Mereka tengah mengadakan promosi produk terbaru untuk musim luruh dan sejuk.

Para blogger...kalau nampak iklan RMK ini kat blog KLA,rajin-rajin ler klik yer...THANKS

THANKS NUFFNANG


Thursday 11 September 2014

Apa Itu Ping

Assalamualaikum...


Apa itu Ping

Ping adalah singkatan perkataan Packet Internet Gropher di mana ianya berfungsi memberitahu kepada server-server secara specifik apabila terdapat entri blog diupdate.Pendek kata untuk memberitahu enjin carian bahawa anda baru sahaja meng’update’ entri baru.Dengan ini,entri tersebut akan ter’index’ dengan cepat dan peluang untuk berada muka depan enjin carian adalah besar.


Cara Ping Blog dengan Google Ping

KLA nak tunjuk cara ping blog dengan Google Ping.

Pertama - Sila ke web GooglePing dan isi detail seperti di bawah.


Kedua - Klik check all


Ketiga - Masukkan nombor seperti gambar dan tekan send pings


Keempat - Hasil blog anda berjaya di ' ping'.


Good Luck!!


ANDA PATUT BACA :






CPUV Nuffnang : Sanofi Lactacyd Phase 2

Assalamualaikum...

Rasanya,dah beberapa hari KLA tak post entri.Hanya join giveaway sahaja.Maaflah,KLA kurang sihat sikit,hari ini baru rasa ok sikit.Bertambah ok lagi bila buka Nuffnang tengok ada CPUV baru...Alhamdulillah.

CPUV : Sanofi Lactacyd Phase 2



CPUV Nuffnang,Kasihlestariabadi,lactacyd


Sanofi Lactacyd Phase 2 merupakan produk kebersihan wanita.Antara produk keluaran Lactacyd ialah :

1 ) Lactacyd PH3-5
2) Lactacyd White Intimate
3) Lactacyd Revitalize 
4) Lactacyd Lasting Freshness
5) Lactacyd Nourish
6) Femine Wipes

Kenapa Perlu Memilih Lactacyd:

1- Dirumus secara semulajadi
2- Jenama kebersihan wanita no 1 di dunia dan Malaysia
3- Terbukti secara klinikal
4- Dipercayai dari generasi turun temurun semenjak 30 tahun yang lalu
5- Diuji oleh dermatologi

Anda boleh minta sample untuk mencubanya.

Thanks Nuffnang