Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Wednesday 17 September 2014

Resepi Nasi Goreng Cili Padi

Assalamualaikum...

KLA masak nasi goreng!!

Asyik kongsi resepi lauk aje.Ubah selera sikit,hari ini KLA nak kongsi resepi nasi goreng cili padi.Pada yang suka makan pedas-pedas mesti suka.KLA dulu tak makan pedas,tapi bila berjiran dengan makcik johor,selalu pula makan masakan dia yang pedas-pedas,terus jadi suka.
Sekarang,kalau masak tak pedas memang tak boleh.Mesti nak pedas juga.


Nasi Goreng Cili Padi,Cili Padi,Nasi Goreng,Kasihlestariabadi

 Bahan-bahan :

Nasi Putih
2 Biji Bawang Merah (Dimayang atau tumbuk)
1 Biji Bawang Putih (Dimayang atau tumbuk)
7-8 Cili Padi (Dimayang atau tumbuk)
6 Ekor Udang
1 Biji Telur
Garam

Cara-cara :
1- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dimayang atau tumbuk sehingga sedikit garing.
2- Masukkan udang yang dipotong kecil.Biarkan sebentar hingga udang masak
3- Masukkan nasi dan goreng.Kacau sehingga sebati.
4- Masak dan sedia untuk dihidangkan
5- Goreng telur mata dan makan bersama nasi.Kalau nak masukkan dalam nasi sewaktu memasak tadi boleh juga.Terpulang pada selera masing-masing.


p/s: Nak masukkan sayur boleh juga.KLA tak masukkan kerana kebetulan tak ada stok sayur ketika nak memasak.


SELAMAT MENCUBA




Tuesday 16 September 2014

Sweet September Giveaway By Mellya




( Klik banner untuk join) 

Due Date 30 September 2014


Jawapan Tiket Nuffnang

Assalamualaikum...

KLA nak cerita kisah KLA nak buat baik dengan Nuffnang.Orang kata,kalau senang nak dapatkan CPUV dari Nuffnang kena selalu hantar tiket.Itulah yang KLA amalkan juga.

Kebetulan,KLA ada terima CPUV RMK Autumm/Winter Collections tetapi iklan tersebut tidak dapat di klik.So,apa lagi,ini lah peluang KLA untuk hantar tiket kat Nuffnang.

KLA hantar tiket pada 12 Sept dan KLA mendapat balasan tiket daripada Nuffnang pada 15 Sept.

Tiket Nuffnang,CPUV,RMK Autumm/Winter


Alhamdulillah Nuffnang telah mengambil tindakan yang sepatutnya....Tak boleh klik boleh memberi kesan pada income KLA...;)

THANKS NUFFNANG


Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia,16 September,Malaysia,Merdeka

Sunday 14 September 2014

Mini MMR Giveaway



(Klik banner untuk join)

Due Date : 25 September

5 Cara Promosi Affiliate

Assalamualaikum....

Kini,semakin ramai yang sudah berjaya membuat duit di internet tanpa modal.Iya lah,dengan sara hidup yang semakin meningkat,anda perlu lah mencari alternatif lain untuk menambah sumber pendapatan selain daripada bergantung dengan pekerjaan tetap anda.Dan juga,ramai yang sudah berjaya mendapat pendapatan secara sepenuh masa  daripada internet.Antara cara buat duit yang boleh menambah pendapatan anda ialah affiliate.

Untuk menjana pendapatan melalui affiliate,anda perlu tahu cara mempromosikan link yang diberi.Oleh demikian,untuk cara promosi affiliate yang perlu anda tahu ialah :

~ Promosi menggunakan blog
Ramai yang akan menggunakan blog sebagai medium promosi mereka.Di blog,anda boleh melakukan promosi affiliate dengan meletak banner pada blog.Gambar dan ayat yang power mampu menarik minat pembaca untuk klik pada banner yang akan di link ke web affiliate anda.Selain itu,anda juga boleh menggunakan cara review produk iaitu anda menulis entri mengenai produk tersebut.Ceritakan segala info dan kelebihan produk anda itu.Jangan lupa,sertakan sekali link affiliate anda pada entri tersebut.

~ Promosi menggunakan pengiklanan percuma
Banyak terdapat web yang menawarkan pengiklanan percuma.Anda boleh menghantar atau meletakkan link affiliate anda di web tersebut.

Cuba lah tengok hasilnya,apabila KLA menaip Iklan percuma di google:

4 Cara Promosi Affiliate,Affiliate,promosi,buat duit affiliate,kasihlestariabadi


~ Promosi menggunakan forum
Anda boleh mempromosikan link  affiliate di forum.Lagi bagus kalau forum yang anda sertai itu sama niche dengan produk affiliate anda.Cara mempromosikannya dengan meletakkan link affiliate anda di ruangan signature.Anda boleh membuat signature dengan meletakkan ayat-ayat power yang boleh menarik minat pembaca untuk klik link tersebut.

~ Promosi menggunakan facebook
Ini merupakan antara medium promosi yang popular dan berpotensi  tinggi kerana sehari ke sehari,pengguna internet semakin bertambah.Di facebook,anda boleh mempromosikan link affiliate dengan membuat post pendek dan disertakan sekali link di timeline,meninggalkan link di facebook group atau page.Tapi ingat,jangan membuat promosi secara spam atau tag rakan-rakan sesuka hati.

~ Promosi menggunakan email
Sesetengah blogger mempunyai mailing list yang tersendiri.Untuk mempromosikan dengan menggunakan email,anda boleh membuat review produk anda itu dan hantar ke semua mailing list.Review itu juga boleh dibuat secara bersiri.Maksudnya,hantar 3-4 email yang bercerita tentang produk anda itu.

Anda boleh melakukan cara promosi ini secara serentak atau fokus terhadap satu cara terlebih dahulu.Jika kena dengan caranya dan ayat power,tidak mustahil untuk anda mendapat pendapatan dengan affiliate sehingga 4 angka.


ANDA PATUT TAHU DAN BACA :
~ Tengok betapa cantiknya Filipina
~ Kisah rakyat Malaysia dan Maggi
~ Dengan selfie,anda layak dapat ipad?





Resepi : Cucur Jagung Udang

Assalamualaikum....

Sudah lama pula KLA tak kongsi resepi kan?Hari ini KLA akan cuba untuk berkongsi resepi setiap hari...cuba ok..

Pagi semalam,KLA terfikir,rasa macam sudah lama pula KLA tak makan jagung.Jagung tu kalau dapat buat cucur ke,bubur ke,rebus sahaja ke kan best.Sekali pada petangnya,ada jiran bagi jagung mentah.Ini namanya rezeki.KLA pun pilih untuk masak cucur jagung udang.Tengok bahan-bahan kat dapur pun lengkap.Jom kita layan resepi cucur jagung udang

Resepi Cucur Jagung Udang,Cucur,jagung,udang,senang,mudah

Bahan-bahan

2 Jagung ( ambil isinya)
5-6 Ekor udang ( kalau nak rasa lebih udang tambah lagi banyak-potong kecil)
2 Cawan tepung gandum
3-4 cili padi ( boleh untuk tidak letak jika tak mahu pedas-ditumbuk)
Sedikit daun kucai
Sedikit garam
Sedikit Kunyit
Air

Cara-cara
1- Campurkan semua bahan di atas dan air dimasukkan secara sedikit demi sedikit sehingga bancuhan sebati.
2- Goreng dan siap untuk dihidangkan...semudah 123


Hidangan ini sesuai dihidangkan pada waktu petang.



ANDA PATUT TAHU DAN BACA :





CPUV Nuffnang : RWG - Ice Age Adventure

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...syukur...syukur dan terus bersyukur.

KLA dapat CPUV Nuffnang lagi.CPUV Nuffnang RWG-Ice Age Adventure.Ini merupakan CPUV ketiga buat KLA untuk bulan September.Kalau sebelum ini KLA susah juga nak dapat CPUV,tapi ini mungkin KLA mula mengamalkan cara meningkatkan CPUV Nuffnang.

CPUV Nuffnang,Resorts World Genting,Ice Age Adventure,Kasihlestariabadi,Nuffnang


Mulai  1 September,IceAge Adventure muncul di Resorts World Genting sehingga 26 Oktober 2014 dimana Manny, Ellie,Sid,Diego Scrat akan membawa anda sekeluarga mengembara ‘ICE-Traordinary’ termasuk permainan dan hiburan.Anda juga boleh merakam foto sebagai kenangan bersama Ice Age Adventure.

CPUV Nuffnang,Resorts World Genting,Ice Age Adventure,Kasihlestariabadi,Nuffnang

Nak tahu seronok ke tak berkunjung ke Ice Age Adventure,anda boleh baca testimoni penjung yang sudah merasai kesoronokkan itu.Sekarang sudah tiba musim cuti sekolah,sesuai sangat untuk anda membawa anak-anak bercuti di Resorts World Genting sambil menikmati Ice Age Adventure.



ENTRI LAIN TENTANG NUFFNANG :
~ Cara Letak Kod Iklan Nuffnang di Blog
~ Cara Buat Duit Dengan Nuffnang

ANDA PATUT TAHU DAN BACA :
~ Apa syampu yang memberi pemakai hijab tumpuan dan keyakinan diri?
~ Kereta Proton terbaru yang hangat diperkatakan sekarang
~ Hanya perlu tag kawan untuk menangi RM500