Assalamualaikum...
Sebelum ini KLA ada kongsi resepi
Nasi Goreng Cili Padi dan hari ini KLA nak kongsi resepi Nasi Goreng Sardin.Buat sesiapa yang inginkan kelainan dalam masakan nasi goreng boleh lah mencuba resepi ini.Sedap dan mudah.
Bahan-bahan
Nasi Putih
1 Tin Sardin Kecil
3 Biji Bawang Merah (Ditumbuk)
1 Biji Bawang Putih (Ditumbuk)
3-4 Cili Padi (Ditumbuk)
1 Biji Telur
Lobak Merah
Garam
Minyak
Cara-cara:
1- Asingkan ikan dan sos sardin tersebut.Ambil ikan sardin dan hancurkan dengan nasi putih
2- Goreng telur dan kacau(buat scrambled egg)- KLA lebih suka buat macam ini sebab nak rasa telur semasa makan.Angkat dan ketepikan
3- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk
4- Kemudian masukkan sos sardin dan lobak tadi dan gaul seketika.
5- Masukkan nasi putih yang sudah digaul ikan sardin, scrambled egg,garam dan kacau sehingga sebati dan masak.
6- Siap dan sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA