Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Monday, 29 September 2014

Hadiah Giveaway Keychain Dan Sticker

Assalamualaikum...

 Baru berkesempatan untuk update kisah dapat hadiah giveaway.Alhamdulillah.KLA dapat hadiah giveaway.Rezeki KLA dalam berblogging dan semua ini buat KLA tak jemu untuk menyertai mana-mana giveaway.Jangan anda tak tahu pula,dengan giveaway anda bukan sahaja berpeluang dapat hadiah,malah anda juga boleh buat duit melalui giveaway . Yang penting berusaha tanpa jemu.

Hadiah,Giveaway,Keychain,Sticker,Segmen,Kasihlestariabadi

Hadiah pertama ialah keychain Cemeron Highlands ini KLA dapat daripada Segmen:Saya Nak Keychain CH.Sudah lama KLA tak beli atau dapat keychain.Sekali dapat keychain ini,suka sangat.Cantik.Tapi,hadiah ini ada cerita lain pula.Entah macam mana,encik posmen buat silap.Alamat di sampul surat ialah No 1,Jalan 3 ,tetapi encik posmen pergi hantar kat rumah No 3,Jalan 1.Nasib lah empunya rumah No 3 tu kenal KLA,dia datang hantar kat KLA.Kalau tak,dapat kat orang yang tak dikenali,mesti KLA dah tak berkesempatan untuk memiliki keychain ini.Rezeki nama nya.

Hadiah,Giveaway,Keychain,Sticker,Sticker kereta


Hadiah kedua pula ialah hadiah sticker hasil kemenangan daripada giveaway Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia yang dianjurkan oleh TrulyLove .Hadiah ini adalah hasil tajaan Homemadestickers . Hadiah ini teramat KLA suka sebab dapat sticker yang tertulis Kasih Lestari Abadi.Kalau tampal kat cermin belakang kereta mesti bangga sahaja memandu.Tapi sayang,KLA tak ada kereta.So,KLA belum putuskan lagi nak tampal kat mana.Sesiapa yang nak cantikkan kereta mereka dengan sticker yang berwarna warni boleh tempah dengan homemadestickers.

Harapan selepas ini,KLA menang banyak lagi dalam giveaway dan terima kasih banyak-banyak kat pengajur dan penaja giveaway.




4 comments:

  1. nasib baik dpt keychain tu ..tahniah sebab menang..

    ReplyDelete
  2. wow.. bnyk hadiah.. tahniah.

    entry terkini...100% untuk mu

    ReplyDelete
  3. wah tahniah akak, nnt jangan lupa join ga saya pula..;-)

    ReplyDelete