Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Thursday 23 October 2014

Big Bad Wolf Books 2014

Assalamualaikum

Big Bad Wolf Books 2014 bakal kembali.Mesti semua orang dah tak sabar kan?.Dalam kepala KLA pun sudah ada banyak senarai buku yang hendak dibeli.Tahun lepas KLA sempat lah pergi jualan buku ini dan sememangnya seronok berada di situ.Mabuk dengan pelbagai genre buku yang begitu murah-murah.


Big Bad Wolf Books 2014,Jualan buku

Apa pun jangan lupa tarikh 5-16 Disember nanti ok!!


Wednesday 22 October 2014

CPUV Nuffnang MGIA Parent Campaign

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah,pakcik Nuffnang selalu bermurah hati bagi KLA duit poket.Baru lah KLA rasa seronok nak berblogging walaupun KLA kurang fokus pada blog sejak akhir-akhir ini.KLA sekarang sibuk dengan satu projek ini.Insyallah bila projek ini selesai akhir oktober ini,KLA dapat lah kembali fokus pada blog.

Ini CPUV Nuffnang yang KLA dapat iaitu MGIA Parent Campaign


Buat pelawat blog KLA,kalau nampak iklan ini,jangan lupa klik yer.

THANKS

Happy Deepavali

Happy Deepavali,diwali

Tuesday 21 October 2014

Jeruk Epal Hijau Asam Boi

Assalamualaikum....

Fenomena Jeruk Mangga Asam Boi buat semua orang mencari resepi.Ada yang nak senang dengan beli secara online.Peniaga yang menjual jeruk mangga asam boi ini pun semakin ramai dan harga pun mendadak naik.Itu belum lagi tengok harga mangga.Mesti harga pun meningkat.Jangan yang ada pergi curi mangga jiran sudah ler...


KLA cuba buat jeruk epal hijau asam boi.Sahaja untuk ubah kelainan.Ye ler,risau juga kerana pengaruh mangga,mangga kat pasar kehabisan stok.Apa kata cuba kelainan dengan menggunakan epal hijau pula.

Bahan :
8 Epal Hijau Saiz kecil ( Buang Kulit)
3 Sudu Gula ( Ikut tahap manis yang dikehendaki)
10 Biji Asam Boi
4 Cili Padi ( Ikut kepedasan yang dikehendaki)

Cara : 
1-Potong buah epal dan rendam dalam air garam
2- Toskan epal dan gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
3- Simpan dalam peti sejuk untuk tempoh 4 - 5 jam.
4- Siap untuk di makan...


SIMPLE DAN BEST


Monday 20 October 2014

Hebatnya Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum...

Semalam,KLA terkejut tengok jumlah pelawat unik di Nuffnang.Pelik juga,sebab jumlah naik mendadak dan tak pernah lagi KLA capai sebegitu banyak.

Apabila KLA periksa di blog,rupanya entri Jeruk Mangga Asam Boi yang menarik ramai pelawat unik.Ramai sunggup yang berminat dengan resepi jeruk mangga asam boi.



Apa yang KLA tahu,sudah ramai yang menjual jeruk mangga asam boi ini sehingga harga melonjak RM20++ sebekas.Mesti makcik-makcik yang menjual kat pasar hairan apabila jualan mangga diaorg terlajak laris.Betapa hebatnya jeruk mangga asam boi.

KLA cuba juga carian google dengan menaip jeruk mangga asam boi,dan hasilnya :


Alhamdulillah,entri KLA berada di tangga kedua dalam carian google.Terima kasih pakcik google.
Apa pun,memang hebat lah jeruk mangga asam boi ini.

                                                   Resepi Jeruk Mangga Asam Boi





Sunday 19 October 2014

Hidup ini umpama Candy Crush

Assalamualaikum.

KLA ni bukannya pengemar permainan candy crush.Main pun ikut mood.Biasa main bila rasa susah nak tidur,KLA buat candy crush sebagai ubat tidur.Tapi bila berdepan dengan level yang susah untuk dilepas,KLA akan henti seketika bermian.Level game pun masih rendah iaitu level 107 jika nak dibandingkan dengan otai-otai candy crush yang lain.

Hidup ini umpama Candy Crush,Cabaran,Halangan,Rintangan

Tapi,bila KLA main candy crush ini,satu sahaja yang KLA rasa,kehidupan kita ini umpama candy crush. Banyak halangan dan dugaan yang datang untuk mencapai kejayaan.Kadang kala,kita dapat rasakan halangan tersebut tidak mampu atau logik untuk kita tempuhi.Ada kala juga,bukan satu halangan yang datang,namun dua atau tiga halangan yang akan datang serentak.Tapi,kita akan usaha juga untuk melepasi halangan tersebut dalam mencapai kejayaan.

Begitu juga kehidupan kita,seharusnya kita tidak mudah putus asa dalam berdepan dengan pelbagai halangan dan dugaan yang datang kerana kejayaan akan pasti milik kita.

Candy crush bukan sahaja menumpukan pada halangan,kita juga perlu menumpukan  pada perancangan. Hendak berjaya dalam permainan itu,bukannya boleh match sesuka hati.Perlu lah merancang untuk mendapatkan icon yang istimewa macam icon donut yang akan membantu kita mencapai kejayaan dalam level itu.

Sama juga seperti hidup kita,perancangan itu penting.Kita perlu merancang untuk hari esok,lusa,minggu hadapan,bulan hadapan,tahun hadapan.Hidup yang terancang akan mencantikkan lagi warna kehidupan kita.


Oleh itu,jangan lah sesekali putus asa kerana kejayaan pasti akan milik kita.PEACE



Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum...

Tiba-tiba KLA tengok di facebook KLA,orang bercerita tentang jeruk mangga asam boi.Wow!bunyi nama jeruk pun dah boleh buat rasa meleleh air liur.Rasanya sudah lama juga KLA tak makan jeruk mangga.Yang pasti,ibu-ibu mengandung mesti suka jeruk mangga asam boi ini.Jom kita layan resepinya pada pic di bawah.



Terliur tak?Jom cepat-cepat buat!
Mesti laku jualan mangga!!!

Birthday Giveaway by Shad

Greetings and Assalamualaikum to all
Jemput Join


Klik Banner untuk Join

Birthday Giveaway by Shad dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh