Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Wednesday, 31 December 2014

Simple GA Friendship Fridge Magnet





Friday, 19 December 2014

Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan





Monday, 15 December 2014

Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com




Sunday, 14 December 2014

Come Back Soon


Tuesday, 2 December 2014

Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!

hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

Tuesday, 11 November 2014

Cabaran November #1 - 11 Sikap Yang Di Benci

Assalamualaikum....


Sudah tiba masanya entri terakhir untuk cabaran November #1.KLA suka cabaran yang ini sebab KLA boleh bagitahu semua orang apa yang KLA tidak suka.

11 Sikap yang di benci.

1- Penipu
2- Tidak tepati janji
3- Tidak tepati masa
4- Tidak bertanggungjawab
5- Tikam kawan
6- Pemalas
7- Tidak adil
8- Hipokrit
9- Kedekut
10- Berlagak
11- Ego

Tamat sudah Cabaran November #1.



Monday, 10 November 2014

Hadiah GA Cute Clip

Assalamualaikum....

Sudah lama rasanya KLA tidak terima hadiah giveaway.Ada yang tidak menang ketika KLA sertai giveaway,ada yang menang tetapi hadiah tidak ditunaikan.KLA benar-benar menghargai pada penganjur atau penaja yang jujur dengan giveaway yang diadakan dengan menunaikan hadiah kepada pemenang.Peace and Smile


Hadiah yang diterima : Cute Clip
Giveaway : http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2014/10/birthday-giveaway-by-shad.html
Penganjur : Aku vs Dia

Jutaan terima kasih buat penganjur dan penaja.



Cabaran November #1 - 11 Jenis Bunga Yang Di Sukai

Assalamualaikum....


Wow!Blogger yang suka bunga mesti suka akan cabaran ini kan.Ok,jom tengok bunga apa yang KLA suka....

1- Mawar/Rose
2- Tulip
3- Orkid
4- Lili
5- Raya
6- Teratai
7- Cherry Blossom
8- Matahari
9- Kertas
10- Exora
11- Melor

Ok,Tunggu esok entri terakhir untuk cabaran November #1.

PEACE



Rancang Perniagaan Online

Assalamualaikum....

Hari ini,KLA nekad itu meluangkan masa bersama blog KLA yang sudah diabaikan ini.Kekangan masa menyebabkan KLA terpaksa pandai untuk menguruskan masa dengan baik.Masa untuk fulltime kerja,blog dan yang terbaru ialah untuk part time kerja.KLA rancang untuk mengaktif kan kembali diri KLA dengan perniagaan online.Bukan apa,untuk saraan diri pada masa kini memerlukan diri kita untuk mencari pendapatan sampingan.

KLA sudi merancang untuk menjalankan perniagaan apa.KLA tidak boleh dedahkan lagi perniagaan apa.Cuma boleh cakap,KLA akan keluarkan produk jenama sendiri.Sekarang KLA dalam proses menyiapkan rancangan perniagaan.Perancangan itu penting untuk mengelak daripada sebarang kemungkinan yang akan berlaku.Doakan yang terbaik untuk KLA ok.InsyaAllah.

Rancang Perniagaan Online,Biz online,Perniagaan,Online

Sebagai permulaan,KLA tengah mencari produk untuk KLA jalankan secara dropship sebagai menambah modal perniagaan.KLA belum putuskan lagi produk apa yang KLA akan pilih untuk perniagaan dropship.Masih mencari.So,siapa ada produk yang boleh dijalankan secara dropship boleh PM di facebook KLA.KLA juga akan menggunakan sepenuhnya pengalaman KLA dalam dunia internet sebelum ini.

Harap perancangan KLA ini menjadi realiti.InsyaAllah.


Sunday, 9 November 2014

Giveaway By Mamaniza.com


Assalamualaikum




Mamaniza melancarkan sekali lagi Giveaway by Mamaniza.com berserta dengan para sponsor yang cukup hebat berserta engan tawaran hadiah yang menarik pasti akan memikat hati kalian.

Tujuan GA ini dijalankan adalah : untuk mengeratkan lagi hubungan antara sesama blogger. Saling kenal mengenali antara satu sama yang lain. Selain itu, kita juga menambah rakan-rakan baru dalam senarai followers kita.

Follow Blog:


Like FB:



Syarat utama:

1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.

2. Buat entri bertajuk Giveaway By Mamaniza.com

3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.

4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.

5. Giveway ini akan berlangsung pada 3 Nov pukul 12 tengahari dan berakhir pada 10 Nov 2014 pada  12 tengahari juga.

6. Pemenang akan diumumkan pada 13 Nov 2014 berdasarkan random.

Hadiah Giveaway by Mamaniza.com:

Wang Tunai RM 50 - Top Refferal by Mia Liana
Paper beg - Mamaniza
Kain sulam pasang - Fuza Musa
Shawl - Farahuda
Shawl manik juntai - Shalimar
Bawal, keychain dan masker - Alise
Buku Tetamu Istimewa - Cikgu Helmi
Herblax dan halfmoon bead shawl - Norhana (IbuHana)
Keychain - Norihan
Top up RM 5 - Fatihah Fazlin dan Azwar Syuhada
Misteri - Farah Wahida dan Kathy

Tanda Tick Biru Di Whatsapp

Assalamualaikum...

Semakin hari,semakin banyak perubahan yang berlaku pada teknologi.Perubahan teknologi ini juga semakin memberi kesenangan pada kita semua.

Yang terbaru ialah tick warna biru pada whatsapp.Mulanya KLA tengok kat perbualan whatsapp antara KLA dengan adik KLA.KLA fikir dia guna software apa-apa untuk canggihkan whatsapp dia.Sekali KLA tanya dia,dia pun tak tahu apa-apa.Kebetulan KLA terbaca kat facebook tentang tanda biru itu.Baru lah KLA faham.

Tanda Tick Biru Di Whatsapp,Whatsapp,Misteri tanda biru

Kecanggihan teknologi membuatkan anda tidak boleh menipu lagi.Terutamanya buat pasangan kekasih.Tiada istilah 'tak baca mesej whatsapp'.Anda akan kantoi atau dituduh penipu jika tanda biru muncul di mesej whatsapp tetapi mula anda berkata tidak membaca mesej itu.So,hati-hati okey!


PEACE

Cabaran November #1 - 11 Buah Novel Yang Ingin Di Baca

Assalamualaikum


Alhamdulillah,sudah masuk sembilan cabaran november #1 yang sudah KLA perlu lalui.Memang tidak dinafikan,ada yang senang dan ada yang susah.Ada yang nampak tajuknya yang macam senang,tapi bila mahu menulis,masih tiada idea yang datang untuk menulis.Apa pun,cabaran tetap cabaran.

Cabaran yang pernah KLA lalui  : 

Cabaran November #1 - Tempat ingin di lawati di Malaysia
Cabaran November #1 - Tempat ingin di lawati di dunia
Cabaran November #1 - Nama yang disukai
Cabaran November #1 - Filem yang digemari
Cabaran November #1 - Artis yang diminati
Cabaran November #1 - Buah yang disukai
Cabaran November #1 - Belog yang selalu di singgahi
Cabaran November #1 - Quote yang membawa erti

Ok,cabaran yang ke-9 ialah : Novel yang ingin di baca.KLA akan jawab yang sebaiknya walaupun KLA bukan kaki novel.

1- Ombak Rindu ( walaupun dah berpuluh kali membaca novel ini)
2- Sebenarnya,saya isteri dia!
3- Suamiku Encik Sotong
4- Love you Mr. Arrogant
5- Kampung Girl
6- Kerana terpaksa aku relakan
7- Aku bukan Mistress
8- Yes,Boss!
9- Adam & Hawa
10- Bicara Hati
11- Jiranku,kekasihku

Alamak!dah cukup sebelas,rasa macam nak tambah lagi,tapi tak apa lah...lain kali aje..


PEACE




Saturday, 8 November 2014

Cabaran November #1 - 11 Petikan Quote Yang Membawa Erti

Assalamualaikum...


Cabaran ke lapan - 11 Petikan Quote Yang Membawa Erti

1- Trust your own instinct. Your mistakes might as well be your own, instead of someone else's. ~Billy Wilder

2- Time is what prevents everything from happening at once. ~John Archibald Wheeler

3- The mind is what it thinks. To make it true, think true. ~Nisargadatta Maharaj

4- Some people dream of success... while others wake up and work hard at it. ~Author Unknown

5- If you smile when no one else is around, you really mean it. ~Andy Rooney

6- "I must do something" always solves more problems than "Something must be done." ~Author Unknown

7-A friend is one of the nicest things you can have, and one of the best things you can be. ~Douglas Pagels

8-A habit is something you can do without thinking - which is why most of us have so many of them.  ~Frank A. Clark

9-Happiness is never stopping to think if you are. ~Palmer Sondreal

10- Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. ~Steve Jobs

11- Only your real friends will tell you when your face is dirty. ~Sicilian Proverb


~~PEACE~~


Friday, 7 November 2014

Cabaran November #1 - 11 Buah Belog Yang Selalu Di Singgahi

Assalamualaikum



Tiba pula cabaran November #1 yang ke 7 iaitu tentang 11 buah belog yang selalu di singgahi.Alhamdulillah,simple cabaran buat KLA.Nak tahu?Jom tengok blog siapa yang KLA selalu datang.

4- Yumida
11- Cik Tom


Jemput join Group Blogger Lestari.Thanks



Thursday, 6 November 2014

Cabaran November #1 - 11 Jenis Buah Yang Di Sukai

Assalamualaikum...


Alhamdulillah,berjaya juga KLA mengejar siapkan entri supaya no entri sama dengan haribulan.Semua cabaran kena bagi senarai 11.Mungkin no 11 ada istimewanya untuk penganjur cabaran.

Ok,cabaran seterusnya tentang buah pula.Jom tengok apa buah yang KLA suka

1- Tembikai
2- Durian
3- Anggur
4- Pisang
5- Jambu Air
6- Epal
7- Rambutan
8- Manggis
9- Belimbing
10- Laici
11- Pulasan

Anda suka buah apa pula?


Cabaran November #1 - 11 Orang Artis Yang Diminati

Assalamualaikum


Rasanya ini cabaran paling senang untuk KLA senarai kan.Ahak!nampak sangat KLA ni sukakan hiburan...

1 - Amy Mastura
2- Fahrin Ahmad
3- Aznil Hj Nawawi
4- Hafiz AF7
5- Hazama
6- Aaron Aziz
7- Jericho
8- Jozan
9- Sepahtu
10- Faizal Tahir
11- Fara Fauzana

Tapi kan,penat juga nak kejar buat entri cabaran ni.Harap berjaya dapat menghabiskan semua entri.Pada  siapa yang belum sertai,moh ler kita ramai-ramai sahut cabaran ini.


Wednesday, 5 November 2014

Cabaran November #1 - 11 buah filem yang digemari

Assalamualaikum....


Tiba pula cabaran yang ke-empat iaitu 11 buah filem yang digemari.Yang ini KLA kurang arif sangat sebab KLA bukannya kaki wayang.Tapi apa pun,KLA cuba menyahut cabaran ini.

1- Kuch Kuch Hota Hai
2-  Frozen
3- Titanic
4- Ada Apa Dengan Cinta
5- Madagascar
6- Ayat-ayat Cinta 
7- Spiderman
8- Jack The Giant Slayer 
9- The Hobbit
10- Lagenda Budak Setan
11- Despicable Me

Ok,cabaran seterusnya,artis yang diminati...tunggu...PEACE

Tuesday, 4 November 2014

Cabaran November #1 - 11 Nama Yang Di Sukai

Assalamualaikum....


Ini part yang di sukai oleh KLA.Bab berangan nama memang lah KLA suka.Teringat pula semasa tingkatan tiga,kalau cikgu suruh membuat karangan dan ada perlu ditulis nama,pasti KLA dan kawan-kawan akan berangan menulis nama yang menarik.Oklah,KLA senaraikan nama yang menjadi pilihan KLA.

1. Zafri Khalis
2. Izz Fakhri
3. Razin Kaisan
4. Aliah Amani
5. Dalia Eryna
6. Alya Zulaikha
7. Annas Asyraf
8. Liya Zafirah
9. Qaseh Izzanis
10. Azfar Irfan
11. Idlan Hakimi



Sesiapa yang mencari idea untuk nama anak yang bakal lahir boleh juga merujuk pada nama di atas.
KLA paling suka nama Izz Fakhri kerana ianya membawa maksud yang tersendiri kepada KLA.


Cabaran November #1 - 11 Tempat Ingin Di Lawati Di Dunia

Assalamualaikum


Fuh,ingatkan senang nak jawab cabaran ini,tetapi sebaliknya...tapi walau apa pun,cabaran tetap cabaran.Oklah,direct terus ke cabaran #2.

11 Tempat Ingin Di Lawati Di Dunia

SATU - Mekah
Walaupun KLA pernah berkunjung ke sana pada tahun 2010,namun kerinduan untuk sentiasa berada di sana tidak pernah padam.Harap,suatu hai nanti,KLA kembali berpeluang berkunjung ke sana lagi.

DUA - Guangzhou China
KLA teringin pergi ke sana.KLA kan suka shopping.Teringin nak ke sana beli barang banyak-banyak dan balik berjual.Mesti boleh mabuk KLA kalau berkunjung ke sana.

TIGA - Ho Chi Minh Vietnam
Yang ini KLA tak mahu ulas banyak kerana.....Tungguuuuu

EMPAT - Jepun
KLA hendak ke Jepun untuk melihat sendiri budaya orang sana yang sangat berdisplin dan bagus dalam bekerja.Semangat Jepun

LIMA - Turki
Negara Turki penuh dengan sejarah.KLA teringin melihat tinggalan sejarah Islam di Turki serta teringin berkunjung ke perampungan di Turki untuk melihat sendiri kegigihan orang di sana bekerja terutamanya kaum hawa.

ENAM - Acheh
Selepas kejadian Tsunami,Acheh mula dikenali ramai kerana kesan Tsunami nya yang menunjukkan kekuasaan Allah SWT.

TUJUH - Taj Mahal
Melihat lambang keagungan cinta Shah Jahan.



LAPAN - Gaza
Kesusahan rakyatnya yang berjuang demi agama Islam,mempertahanan hak milik daripada di ceroboh.

SEMBILAN - Tembok China
Menjadi salah satu keajaiban dunia membuatkan KLA teringin melihat secara realiti.

Hanya sembilan sahaja yang mampu KLA sediakan.KLA suka melancong tetapi melancong ke arah tempat shopping,tempah sejarah dan tempat yang ada keunikkan nya tersendiri.



Monday, 3 November 2014

Lagu Matahari - Hafiz AF7



Matahari tak cukup indah

Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana
Malam mungkin kelam

Bumi indah cinta punah
Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib
Kenapa hari ini

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus melayari hidup kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu



Cabaran November #1 - 11 Tempat Ingin Di Lawati Di Malaysia

Assalamualaikum....

KLA telah memutuskan untuk menyertai Cabaran November #1 yang di anjurkan oleh blogger Coretan Hati Khaty  . Ayuh kawan-kawan blogger kita sertai Cabaran November #1.


Cabaran November #1 - 11 Tempat Ingin Di Lawati Di Malaysia

SATU - Pulau Langkawi
KLA pernah pergi Pulau Langkawi tetapi itu semasa KLA sekolah rendah.Semasa itu,burung helang besar masih belum wujud.Sekarang teringin pergi lagi untuk melihat perubahan yang sudah berlaku di Pulau Langkawi

DUA - Pulau Perhentian
Walaupun KLA ni orang Terengganu,tetapi belum pernah lagi berpeluang berkunjung ke Pulau Perhentian.Buat malu aje kan.Tapi biasa lah,suka menangguh sahaja pergi bila di tempat sendiri.

TIGA - Legoland
Sejak Taman Legoland dibuka untuk orang ramai,KLA belum lagi berpeluang berkunjung ke Johor.Teringin juga untuk ke Legoland.Macam cute aje lego-lego bina menjadi pelbagai bentuk.Siapa nak sponsor tiket Legoland kat KLA?

EMPAT - Taman Negara
KLA juga suka berkunjung ke tempat-tempat yang adventure seperti hutan,gua.Bukan apa,KLA suka menguji ketahanan dan kekuatan diri KLA bila berada di tempat sebegini.

LIMA - Labuan
Memandangkan KLA pernah ke Sabah dan Sarawak,KLA teringin juga ke Labuan.Walaupun orang cakap Labuan tiada apa yang menarik,tetapi KLA tetap berminat untuk ke sana.Lagi seronok rasanya kalau pergi menaiki feri dari KK

ENAM - Melaka
Sememangnya Melaka sudah tidak asing lagi untuk KLA.Tak pasti kenapa KLA suka sangat di Melaka.Sebenarnya sudah banyak kali berkunjung ke Melaka.Kali terakhir KLA ke Melaka pun pada tahun lepas.Cuma,KLA belum berpeluang untuk menaiki Taming Sari.So,KLA teringin untuk ke sana untuk menaiki Taming Sari.

TUJUH - Tawau
Di Sabah,KLA pernah ke KK,Ranau,Kundasang,Tuaran,Semporna dan Lahad Datu.Walaupun ada lagi tempat-tempat lain yang belum KLA pergi di Sabah,tapi satu tempat yang KLA ingin pergi di Sabah ialah Tawau.Menikmati makanan laut  dan melawat tempat-tempat menarik di sana.

LAPAN - Port Dickson
KLA belum pernah pergi ke Port Dickson.Biar Betul?Itu lah hakikatnya.Di Port Dickson,KLA ingin berkunjung ke Grand Lexis Port Dickson.Berada di rumah atas air dan disamping melakukan aktiviti renang secara privasi.



SEMBILAN - Bukit Tinggi
Ini Bukit Tinggi di Malaysia ye.Jangan tertukar dengan Bukit Tinggi Indonesia pula.Suka tengok bangunan-bangunan serta tempatnya yang ala-ala english dan tempatnya yang seperti di luar negara.
InsyaAllah,akan sampai juga KLA ke situ.

SEPULUH - Bukit Fraser
Sama seperti Bukit Tinggi,KLA ingin ke Bukit Fraser sebab tempatnya yang cantik ala-ala berada di luar negara.Boleh berangan ketika bergambar di sana.

SEBELAS - Bukit Larut
KLA teringin menikmati panorama tempatnya.Tapi mungkin KLA naik ke Bukit Larut dengan menaiki jip dan bukannya secara mendaki.Ahak,tak mampu ler kalau nak mendaki ye...;) 

Susah juga nak senaraikan tempat yang dilawati tetapi bila buat senarai macam ni,boleh lah KLA rancang percutian untuk berkunjung ke tempat-tempat di atas.Kalau ada yang nak bercuti bersama-sama dengan KLA boleh juga.Ada lah juga KLA member untuk melancong.




Susahnya Hendak Berdisplin

Assalamualaikum...

Sudah lama rasanya KLA tak berkata-kata.

Sekarang sudah November,lepas itu Disember,lepas itu lagi Januari,maka bermula lah tahun baru.Ini bermakna lagi dua bulan sebelum masuk tahun baru.Apa yang dah terjadi pada tahun 2014?Adakah kehidupan anda semakin baik?Harap apa yang anda impikan dalam tahun 2014 dah tercapai atau hampir tercapai.

Susahnya Hendak Berdisplin

Sebenarnya KLA hendak bercerita tentang susahnya hendak berdisplin dengan sesuatu hal itu.Mungkin kerana kita mudah selesa dengan sesuatu hal atau tiada usaha untuk melakukannya?

Kisahnya KLA nak amalkan makan supplement setiap hari,tapi selalu terlupa.Tak pasti pula sebab terlupa atau tak ada displin.

Begitu juga hasrat KLA yang hendak post entri blog ini banyak-banayk,Asyik tak sempat nak mengarang.Ini pun KLA tak pasti sebab tak sempat atau tiada displin.

Cuma apa yang KLA rasa,dua-dua masalah ini sebab kurang displin.Susah betul untuk KLA lakukan dua perkara ini.

Siapa boleh bagi cadangan apa cara yang boleh membantu KLA untuk mendisplin kan diri untuk melakukan perkara di atas.HELP ME!!



Good Luck Calon SPM 2014

Good Luck Calon SPM 2014,Peperiksaan SPM

Sunday, 2 November 2014

Mini Lucky Draw Blog XDramaQueen


Jom ramai-ramai serta Mini Lucky Draw blog XDrama Queen

Segmen By Dayang Deno #2



Jom ramai-ramai kita sertai segmen ini

Due Date : 20 November 2014


Friday, 31 October 2014

Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak

Giveaway Cuti Sekolah by JiwarOsak.Com
Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


Hadiah Terkumpul
Cash : RM 390
Topup : RM 195
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2

Terima Kasih kepada Sponser

AbgferOz | MahaMahu | Yanty Lee | Afzal Sukasuki | Mawar Biru | Cik Pjaz | Ieta Mat Sa’ad | Mohamad Nasir | Yan Saflina | UmmiMama |Mohd Noor Shawal | Dila KazUha | Doktor Pemasaran | Helmi Julia | Nadia Johari | Suzlin Azreena Nordin| Nurul Syarafina II | Khaty Aiman| KyLe Kesha | Cik Yaya | Putery Memory | Edo Hayra | Delima Zamrud | Karen Nisa 

Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI

Sunday, 26 October 2014

CPUV Nuffnang Win a 3 Days 2 Night Trip To Macau

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah....KLA terima CPUV Nuffnang  Win a 3 Days 2 Night Trip To Macau

Iklan ini sesuai sangat untuk blogger atau sesiapa sahaja yang minat melancong.Lagi best kalau dapat melancong secara PERCUMA.

Kalau anda ingin melancong ke Macau secara PERCUMA sila lah join peraduan ini.Merasai sendiri pengalaman yang menakjubkan dan mencabar diri.


Untuk penyertaan boleh baca butiran di bawah:


SELAMAT BERJAYA

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Thursday, 23 October 2014

Segmen : Blogwalking 10 Jam !


                       Klik SEGMEN BLOGWALKING untuk join segmen ini


Big Bad Wolf Books 2014

Assalamualaikum

Big Bad Wolf Books 2014 bakal kembali.Mesti semua orang dah tak sabar kan?.Dalam kepala KLA pun sudah ada banyak senarai buku yang hendak dibeli.Tahun lepas KLA sempat lah pergi jualan buku ini dan sememangnya seronok berada di situ.Mabuk dengan pelbagai genre buku yang begitu murah-murah.


Big Bad Wolf Books 2014,Jualan buku

Apa pun jangan lupa tarikh 5-16 Disember nanti ok!!


Wednesday, 22 October 2014

CPUV Nuffnang MGIA Parent Campaign

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah,pakcik Nuffnang selalu bermurah hati bagi KLA duit poket.Baru lah KLA rasa seronok nak berblogging walaupun KLA kurang fokus pada blog sejak akhir-akhir ini.KLA sekarang sibuk dengan satu projek ini.Insyallah bila projek ini selesai akhir oktober ini,KLA dapat lah kembali fokus pada blog.

Ini CPUV Nuffnang yang KLA dapat iaitu MGIA Parent Campaign


Buat pelawat blog KLA,kalau nampak iklan ini,jangan lupa klik yer.

THANKS

Happy Deepavali

Happy Deepavali,diwali

Tuesday, 21 October 2014

Jeruk Epal Hijau Asam Boi

Assalamualaikum....

Fenomena Jeruk Mangga Asam Boi buat semua orang mencari resepi.Ada yang nak senang dengan beli secara online.Peniaga yang menjual jeruk mangga asam boi ini pun semakin ramai dan harga pun mendadak naik.Itu belum lagi tengok harga mangga.Mesti harga pun meningkat.Jangan yang ada pergi curi mangga jiran sudah ler...


KLA cuba buat jeruk epal hijau asam boi.Sahaja untuk ubah kelainan.Ye ler,risau juga kerana pengaruh mangga,mangga kat pasar kehabisan stok.Apa kata cuba kelainan dengan menggunakan epal hijau pula.

Bahan :
8 Epal Hijau Saiz kecil ( Buang Kulit)
3 Sudu Gula ( Ikut tahap manis yang dikehendaki)
10 Biji Asam Boi
4 Cili Padi ( Ikut kepedasan yang dikehendaki)

Cara : 
1-Potong buah epal dan rendam dalam air garam
2- Toskan epal dan gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
3- Simpan dalam peti sejuk untuk tempoh 4 - 5 jam.
4- Siap untuk di makan...


SIMPLE DAN BEST


Monday, 20 October 2014

Hebatnya Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum...

Semalam,KLA terkejut tengok jumlah pelawat unik di Nuffnang.Pelik juga,sebab jumlah naik mendadak dan tak pernah lagi KLA capai sebegitu banyak.

Apabila KLA periksa di blog,rupanya entri Jeruk Mangga Asam Boi yang menarik ramai pelawat unik.Ramai sunggup yang berminat dengan resepi jeruk mangga asam boi.



Apa yang KLA tahu,sudah ramai yang menjual jeruk mangga asam boi ini sehingga harga melonjak RM20++ sebekas.Mesti makcik-makcik yang menjual kat pasar hairan apabila jualan mangga diaorg terlajak laris.Betapa hebatnya jeruk mangga asam boi.

KLA cuba juga carian google dengan menaip jeruk mangga asam boi,dan hasilnya :


Alhamdulillah,entri KLA berada di tangga kedua dalam carian google.Terima kasih pakcik google.
Apa pun,memang hebat lah jeruk mangga asam boi ini.

                                                   Resepi Jeruk Mangga Asam Boi





Sunday, 19 October 2014

Hidup ini umpama Candy Crush

Assalamualaikum.

KLA ni bukannya pengemar permainan candy crush.Main pun ikut mood.Biasa main bila rasa susah nak tidur,KLA buat candy crush sebagai ubat tidur.Tapi bila berdepan dengan level yang susah untuk dilepas,KLA akan henti seketika bermian.Level game pun masih rendah iaitu level 107 jika nak dibandingkan dengan otai-otai candy crush yang lain.

Hidup ini umpama Candy Crush,Cabaran,Halangan,Rintangan

Tapi,bila KLA main candy crush ini,satu sahaja yang KLA rasa,kehidupan kita ini umpama candy crush. Banyak halangan dan dugaan yang datang untuk mencapai kejayaan.Kadang kala,kita dapat rasakan halangan tersebut tidak mampu atau logik untuk kita tempuhi.Ada kala juga,bukan satu halangan yang datang,namun dua atau tiga halangan yang akan datang serentak.Tapi,kita akan usaha juga untuk melepasi halangan tersebut dalam mencapai kejayaan.

Begitu juga kehidupan kita,seharusnya kita tidak mudah putus asa dalam berdepan dengan pelbagai halangan dan dugaan yang datang kerana kejayaan akan pasti milik kita.

Candy crush bukan sahaja menumpukan pada halangan,kita juga perlu menumpukan  pada perancangan. Hendak berjaya dalam permainan itu,bukannya boleh match sesuka hati.Perlu lah merancang untuk mendapatkan icon yang istimewa macam icon donut yang akan membantu kita mencapai kejayaan dalam level itu.

Sama juga seperti hidup kita,perancangan itu penting.Kita perlu merancang untuk hari esok,lusa,minggu hadapan,bulan hadapan,tahun hadapan.Hidup yang terancang akan mencantikkan lagi warna kehidupan kita.


Oleh itu,jangan lah sesekali putus asa kerana kejayaan pasti akan milik kita.PEACE



Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum...

Tiba-tiba KLA tengok di facebook KLA,orang bercerita tentang jeruk mangga asam boi.Wow!bunyi nama jeruk pun dah boleh buat rasa meleleh air liur.Rasanya sudah lama juga KLA tak makan jeruk mangga.Yang pasti,ibu-ibu mengandung mesti suka jeruk mangga asam boi ini.Jom kita layan resepinya pada pic di bawah.



Terliur tak?Jom cepat-cepat buat!
Mesti laku jualan mangga!!!

Birthday Giveaway by Shad

Greetings and Assalamualaikum to all
Jemput Join


Klik Banner untuk Join

Birthday Giveaway by Shad dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh 

Saturday, 18 October 2014

Takwim Persekolahan Tahun 2015

Assalamualaikum...

Perancangan amat penting dalam melayari kehidupan harian.Merancang untuk esok,lusa,minggu depan,bulan depan,malahan tahun hadapan.Dan jangan terkejut kalau ada orang yang sudah mempunyai jadual yang padat untuk tahun 2015.

Di bawah KLA sediakan perincian takwim persekolahan tahun 2015.Untuk mengetahui cuti umum pula anda boleh lihat di kalendar cuti umum 2015.
Takwim Persekolahan Tahun 2015,Cuti Sekolah

Apabila sudah tahu jadual persekolahan dan cuti umum 2015 boleh ler merancang percutian tahun 2015.Air Asia pun ada banyak menawarkan tiket murah yang sesuai dengan slogannya iaitu semua orang boleh terbang.


JOM MERANCANG!!



Kita Ada Yang SATU

Kita Ada Yang SATU

Thursday, 16 October 2014

Team Tabung Hijau

Assalamualaikum….

Seminggu dua ini,mood untuk menulis entri hilang.Baru tulis separuh,terus padam apabila rasa isinya yang tak menarik.Bila lah mood menulis betul-betul nak datang.Please,datang okeh!

Sebenarnya,KLA merancang nak cari ‘Team Tabung Hijau’. Team tabung hijau merujuk pada sekumpulan orang mengumpul duit RM5 sebagai koleksi atau simpanan.Team ini KLA buka kepada sesiapa yang berminat.Untuk penyertaan boleh PM KLA di Facebook.


Cara menabung ialah dengan mengumpul duit RM5 (kepingan warna hijau) sebanyak yang boleh.Duit tersebut mestilah diperolehi daripada urusan harian anda dan bukannya duit yang sengaja di tukar dengan akak cun kat bank,atau di tukar dengan Kedai Runcit Makcik Timah.Kumpul sebanyak yang mungkin kepangan hijau dan setiap 30hb hendaklah melaporkan jumlah kepingan yang dimiliki kepada KLA.KLA akan membuat laporan graf kepingan yang diperolehi untuk dibandingkan dengan ahli team yang lain.Jangan tipu pula dalam membuat laporan jumlah kepingan okey.Tapi ingat,tiada hadiah pun dalam permainan ini.

Kebaikkan atau kelebihan dengan tabungan ini ialah:
 1) Anda dapat membuat simpanan tanpa disedari.Kalau anda seorang yang susah menabung,       memang sesuai lah aktiviti tabungan ini.
      2) Tabungan ini melatih anda untuk berdisplin supaya jangan menggunakan kepingan hijau dalam urusan harian.Jika anda memperolehi duit kepingan hijau,terus disimpan ok.
      3)  Melatih diri anda untuk jujur dan amanah dengan diri sendiri.Jangan sesekali memberi  laporan yang salah kerana ingin dilihat seorang yang berjaya mengumpul jumlah kepingan hijau yang banyak.Jujur dan amanah dengan kawan-kawan team dan yang penting untuk jujur dan amanah dengan-Nya.
     4)  Melatih  semangat daya saing dengan kawan-kawan dalam diri anda.Aura positif.

Nak guna duit koleksi ini?Jangan risau,anda berhak untuk menggunakan duit ini dikala memerlukan dengan syarat hebahkan pada kawan-kawan team jumlah duit yang di ambil dan tujuan di ambil.Contohnya seperti ambil RM50 untuk beli barang dapur.Tapi ingat lah,apabila anda sudah mengambilnya,kepingan anda makin berkurang.Graf akan menurun.

Dalam permainan koleksi ini,kejujuran tersangat lah penting kerana duit yang disimpan tersebut disimpan sendiri.Jangan membuat laporan yang tidak sama dengan jumlah kepingan yang dimiliki.Ingat,kita ada Allah.

Siapa yang berminat dan ingin tahu dengan lebih lanjut boleh PM di Facebook KLA.Jangan risau,ini bukan MLM ke apa,ini hanya sekadar suka-suka disamping membuat tabungan sendiri tanpa sedar.Ye lah,nak harapkan usaha menyimpan,tak juga simpan-simpan,baik kumpul koleksi macam ni.Mana tahu,sedar-sedar anda dah berjaya kumpul 100 keping.Cuba kira,RM5 x 100keping = RM500.


Jom kita amalkan sikap menabung!


Monday, 13 October 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 13 Oktober 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Kalendar Cuti Umum 2015

Assalamualaikum...

Lebih kurang dua bulan lagi kita akan melangkah ke tahun 2015.Rasa sekejap sahaja 2014.Apa pun,di bawah ini KLA sertakan senarai cuti umum untuk tahun 2015.Senang untuk anda semua merancang percutian.Dapat lah beli tiket kapal terbang murah.


Kalendar Cuti Umum 2015