Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Tuesday 28 January 2014

Steamboat di Terengganu

Assalamualaikum...

Minggu lepas,KLA berkunjung ke Terengganu Darul Iman...Istimewa kunjungan KLA kali ini ialah KLA pergi makan steamboat...

Nama restorannya ialah " Makang Sekak Sekak Nok".Nama restoran ini dalam loghat Terengganu yang bermaksud makan setakat yang mahu.


Restoran ini menyediakan steamboat dan grill secara buffet....Macam-macam pilihan yang boleh dipilih.Maaf,KLA tak sempat nak snap gambar pilihan makanan coz teruja sangat nak makan...ekekke...


Harga untuk dewasa ialah RM19.90 dan kanak-kanak ialah RM9.90...Makan ler sehingga kenyang yer...Yang special ialah percuma aiskrim dan juga ABC...ABC buat sendiri tau...


Waktu operasi ialah mula jam 4 petang hingga 1 pagi.Lokasi restoran di Jalan Sultan Zainal Abidin.Kalau nak lagi senang ialah restoran ini terletak berhampiran dengan bulatan batu bersurat.

Memang KLA cadangkan buat siapa-siapa yang berkunjung ke Terengganu sila lah ke Restoran Sekak Sekak Nok...Pasti puas hati!!!Terbaik di Terengganu .....


5 comments:

  1. sedapnya..teringat lak mkn steamboat kat arau dgn kwn2 u. sengkak perut sebab ambik byk sgt. hii

    ReplyDelete
  2. tu dia aihhh..tp murah kot...klu g ganu harus terjah laa..

    ReplyDelete
  3. wahh murahnyeee.sekepala rm19.90..

    ReplyDelete
  4. sedapnya...lama x makan..hihi... ^___________^

    ReplyDelete