Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Saturday 31 May 2014

Resepi : Kek Marble

Assalamualaikum....

Rasanya dah lama KLA tak kongsi resepi masakan....
Kali ini KLA cuba buat kek pula...asyik masak lauk aje...sekali sekala cuba ubah angin...

Hidup pun kena berubah juga,tak boleh asyik berada di zon selesa...kadang kala perlu lakukan perubahan...;)

Resepi,Kek Marble,Sedap,Senang,Jimat,lembut,gebu

Tetiba KLA terasa nak buat kek marble...bila ada kesempatan tadi,terus sahaja KLA buat.Bahan nya dah lama beli,tapi untuk membuatnya yang terhad...asyik sibuk dengan kerja...

Ok ler,KLA tak nak coletah banyak...Jom terjah resepi Kek Marble

Bahan-bahannya...

8 Biji Telur
225g Gula Kastor
340g Mentega Tanpa Garam
255g Tepung
1 1/2 Sudu Teh Baking Powder
1 1/2 Sudu Teh Esen Vanila
2 Sudu Besar Serbuk Koko
1/4 Sudu Teh Garam

Cara membuatnya....

1. Pukul mentega dengan menggunakan mixer hingga gebu
2. Dalam bekas berasingan,pukul telur kuning bersama gula sehingga ringan dan pastikan gula itu hancur.
3. Kemudian masukkan telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega
4. Pukul dengan mixer sehingga semuanya sebati
5.Di dalam bekas berasingan pula,pukul putih telur sehingga tidak jatuh apabila diterbalikkan
6. Masukkan sedikit demi sedikit adunan putih telur ke dalam adunan mentega dan telur kuning tadi.Gaul sehingga sebati
7. Masukkan pula tepung,baking powder,esen vanilla,garam.Gaul lagi sehingga sebati.
8. Ambilkan 1/2 daripada adunan dan masukkan ke dalam bekas berasingan.Campurkan serbuk koko ke dalam salah satu adunan itu.
9. Masukkan adunan koko dan adunan mentega ke dalam loyang secara berselang seli.
10. Apabila siap,masak adunan ke dalam oven dengan suhu 160 degree celcius selama 40-50 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba.....PEACE..;)

5 comments:

  1. Suke sangat makan kek.
    Tapi, nak buat tu yang. Errmmmm...
    http://drshikinzainal.blogspot.com/setulus-kasih-ibu-contest-by-dr-shikin.html

    ReplyDelete
  2. sedapnye...kalo panaspanas best...

    ReplyDelete
  3. Sedap nya. Boleh try resepi yg awak bg tu. Alang2 nak dekat raya dah ni so why not try kan.hehe
    Klik iklan nuff Lactacyd awak yg duk tergoyang kat bawah tu. heee :)

    Jemput singgah http://tieysmilez.blogspot.com/

    ReplyDelete