Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Showing posts with label ReSePi. Show all posts
Showing posts with label ReSePi. Show all posts

Tuesday 19 March 2013

Apam Polkadot

Nak kongsi resepi apam polkadot...
Resepi dah berzaman tapi baru nak kongsi...


Belajar buat apam polkadot nih daripada makcik.Mula-mula tolong dia buat,lepas tuh cuba buat sendiri.Alhamdulillah menjadi.Meh kongsi resepi apam polkadot

Bahan:

3 Biji telur (Gred A dan sejuk dari peti sejuk)
275g tepung gandum
150ml susu segar
220 g gula halus
1 sudu kecil ovalette
3 sudu kecil baking powder
pewarna
Filling strawberry atau apa-apa mengikut citarasa semua.

Cara-cara:

1-Masukkan ke semua bahan-bahan kecuali filling dan pewarna dan pukul dengan kelajuan yang maksima sehingga kembang.
2-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut berapa warna yang dikehendaki.
3-Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag
4-Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas setengah sahaja.
5-Letakkan filling secukupnya
6-Masukkan lagi adunan sama sehingga 3/4 penuh mangkuk kertas.
7-Letakkan dot-dot dengan warna pilihan.
8-Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.

Apam oh apam....Yummy!!!

Sunday 17 March 2013

Ayam Masak Sambal

Ahak...resepi lagi...Sejak ada blog nih semangat nak memasak sambil mencuba pelbagai resepi menjadi-jadi...at least boleh menambahkan skill memasak aku...huhuhuuu...

Resepi aku yang simple simple aje lagih...tak hebat mana pun.Orang kata asas memasak..Slow slow tambah skill...

Oklah...kali ni aku nak kongsi resepi Ayam masak sambal


Bahan-bahan:

5/6 ketul sederhana ayam (gaul garam+kunyit dan goreng)
1 ulas bawang besar (potong bulat-untuk hiasan)
5 sudu cili giling
2 sudu kicap manis
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
lobak merah
garam
gula

Bahan-bahan untuk dikisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
1/2 cm halia

Cara-Cara:

1- Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau 
2-Masukkan cili giling dan goreng sehingga pecah minyak.
3-Kemudian masukkan kicap manis,sos cili,sos tomato,sos tiram
4-Masukkan lobak merah dan bawang besar.Jangan lupa masukkan garam dan gula
5-Bila kuah dah sedikit pekat,Masukkan ayam goreng
6-Siap dan sedia dihidangkan

Selamat Menjamu Selera....bye

Thursday 14 March 2013

Mee Hoon Goreng Lada Hitam


Mee hoon goreng lada hitam

Bahan:
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
3 ekor sotong
1 inci halia
5 batang cili padi
2 sudu sos lada hitam
1 batang lobak merah (size sederhana)
1 biji telur


Cara:
1.Tumbuk atau kisar bawang merah,bawang putih,lada hitam,cili padi,halia
2.Tumis kan bahan-bahan yang ditumbuk seketika
3.Masukkan sotong dan pecahkan telur
4.Masukkan lobak merah,sos lada hitam dan mee hoon.
5.Jangan lupa masukkan sedikit garam
6.Sedia dihidangkan....

Selamat Menjamu Selera

Monday 4 March 2013

Sotong Masak Lada Hitam

Eh...kata busy...tapi sempat lak masak...hahhaaa...nih aje cara nak hepikan diri...masak...masak....


Bahan-bahan:

Bahan A
300g Sotong
1 Bawang Besar-dipotong bulat
3 Sudu Sos Lada Hitam
1 Sudu Lada Hitam-ditumbuk

Bahan B
3 Ulas Bawang Merah-dihiris
2 Ulas Bawah Putih-dihiris
3 biji cili padi

Cara-cara:
~~Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga layu
~~Masukkan bahan A
~~Kacaukan rata dan biarkan mendidih
~~Tutup api dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.... 

Saturday 2 March 2013

Roti Sardin Roll

Dah lama tak post entry...arrggghhh tak tahu nak cakap macam mana sibuk..nak nangis pun rasa takde nak keluar...no life...cuma try to think positive!....Jom layan sarapan pagi aku hari ini...


Simple sarapan pagi...

Bahan-bahan:
Roti Sandwich
1 Tin Sardin (Kecil)-hancurkan ikan
1 Biji Bawang Besar-Potong dadu
2 Ulas Bawang Putih-Potong dadu
2 Cili padi-mengikut kepedasan yang diingini
2 biji Limau Nipis
2 Biji Telur


Cara-cara:

Inti
~~Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu
~~Masukkan sardin,air perahan limau nipis dan cili padi
~~Biar seketika dan tutup api.Biarkan sejuk

Sandwich
~~Nipiskan roti
~~Masukkan inti sardin secukupnya
~~Gulung roti dan gunakan putih telur untuk melekatkannya di hujung roti.
~~Pukul telur dan celupkan roti yang sudah digulung tadi ke dalam telur.
~~Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.

p/s:Kalau nak gaul dengan serbuk roti pun boleh...;)

Tuesday 26 February 2013

Sosej Roll

Dulu aku belajar kat Uitm,adaler satu cafe tu jual sosej roll...
Aku ler pembeli setia sosej roll tuh...
aku suka makan makanan yang boleh cicah sos nih...

Sekarang,bila dah habis belajar...tak jumpa lagi kedai jual sosej roll+jimat buat sendiri...Aku pun belajar buat sendiri ler...senang ajer...


Bahan-bahan:

Roti
Sosej
Telur
Serbuk roti

Cara-cara:
~Tekan roti menjadi nipis (boleh guna gelas untuk tekan roti)
~Bila roti dah nipis,letak sosej dan gulung
~Letak sedikit telur pada hujung roti untuk pastikan roti itu melekat dan tidak terbuka
~Kemudian cicah seluruh roti tersebut dengan telur
~Selepas itu,masukkan roti tersebut dalam serbuk roti...Roti sudah disaluti dengan serbuk roti
~Goreng dengan api sederhana.

Sesuai dimakan dengan sos cili pada waktu minum petang...yummy...yummy

Sunday 24 February 2013

Tomyam Putih

Hari ni aku masak lagi....hari minggu jer aku ada masa nak masak...
Kalau hari kerja aku tak masak dan makan kat rumah coz balik kerja jer dah maghrib..
Apatah lagi sekarang sejak aku makan kolagen rumpai laut nih,aku dah tak makan malam....kolagen rumpai laut kan 100% diet semulajadi...;)

Hari ni aku masak tomyam putih aje...Jom layan resepi tomyam putih cara sendiri...;)


Bahan Utama
1 potong Ayam
4 ekor Sotong
100g Udang

Bahan A
2 Batang Serai (diketuk)
2 cm Lengkuas (dihiris nipis)
2 Liter Air
Kulit Udang

Bahan B
Sedikit kubis
1 batang lobak merah
1 biji Tomato
2 helai Daun Limau Purut (dicarik)
6 biji Cili Padi (diketuk)
1 cawan jus Limau Nipis
1 batang Fishcake
Sedikit Garam

Cara-cara:
~Didih bahan A.Sejukkan dan keluarkan semua kulit udang
~Masukkan semua bahan utama dan bahan B hingga mendidih.
~Sedia dihidangkan....


Cuba ler....yummy...yummy

Saturday 16 February 2013

Sup Ayam

Fuh,dah lama aku tak kongsi resepi...
Hari ni aku nak kongsi resepi sup ayam....
Ahak!sup ayam aje?hahahaa....peduli apa...nak letak jugak...
Tujuan aku kongsi nih bukan apa...untuk simpanan aku jugak...bila takde idea nanti-nanti,aku boleh rujuk pada blog aje...;)
Resepi ni jugak boleh buat panduan buat siapa-siapa yang ingin belajar memasak....simple resepi...:)


Bahan-bahan:

4-5 ketul ayam
2 ulas bawang putih}dihiris halus
3 ulas bawang merah}dihiris halus
1 kuntum bunga lawang
1 bunga cengkih
1 kayu manis
1 biji kentang
1 biji lobak merah (size kecil)
1 inci halia
4 batang cili
Daun sup}dicincang halus
Lada sulah
Sedikit minyak

Cara-cara:

1.Tumis bunga lawang,cengkih,kayu manis,bawang putih,bawang merah,halia sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan ayam,kentang,lobak merah,lada sulah dan cili.Setelah bahan-bahan itu setengah masak,masukkan air ke dalam periuk dan biarkan ianya mendidih.
3.Apabila isi ayam,kentang telah empuk,padamkan api dan tabur daun siap.
4.Siap untuk dihidang.

Selamat Mencuba!!

Sunday 6 January 2013

Asam pedas ikan pari

Wow...dah banyak hari tak post entry...
Busy...busy....Kepala pun dah tuing...tuing...

Tuing...tuing pun siap jugak asam pedas ku...
Suka...suka....


Bahan-bahan

1/2 ekor ikan pari (basuh dengan air asam limau)
15 tangkai cili kering-kisar
1 bawang besar - kisar
3 bawang putih - kisar
sedikit kunyit hidup - kisar
3 batang daun kesum
1 batang bunga kantan
Air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam

Cara-cara:
1.Panaskan minyak dalam periuk
2.Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau
3.Masukkan ikan dan gaul sehingga ikan rata dengan bahan-bahan tumis tadi.
4.Masukkan air asam jawa,garam,bungan kantan dan daun kesum.
5.Tutup api setelah ianya mendidih....

Siap.....yummy....yummy...

Monday 31 December 2012

Kek Chocolate Moist


Bahan-Bahan A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat 
1 cawan gula 
1 cawan minyak masak

-Semua bahan di atas digaul sebati & dimasak atas api perlahan
-Rehatkan sekejap bila bahan dah sebati

Bahan-Bahan B :
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbornat
1 sudu kecil baking powder

-Semua bahan di atas dicampur dan diayak

Bahan-Bahan C :
4 biji telur diblender

Cara-Cara :
1.Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara selang seli dan gaul sehingga sebati.
2.Tuang ke dalam loyang
3.Didihkan air kukusan dan kukus lebih kurang sejam

 RESEPI TOPPING COKLAT

Bahan-Bahan :
1 cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega

Cara-Cara :
1. Masukkan susu pekat dan serbuk koko ke dalam periuk. kacau rata.
2. Panaskan dengan api yang sederhana, kacau hingga sebati.
3. Masukkan mentega dan kacau hingga rata sekali lagi.
4. Tutup api dan kacau sehingga sebati lagi. 
5.Tunggu sehingga sedikit likat, kemudian tuang di atas kek.

Yummy....yummy....

Wednesday 26 December 2012

Kek Batik

Semalam aku rasa bosan duk umah...tetiba rasa nak masak...
Dah lama aku tak masak something....
Fikir punya fikir....emmm aku pun buat ler 
KEK BATIK...


Hahhaaa...comotnya rupa kek batik nih kan...
rupa tak penting...yang penting rasanya yang best!!!

Resepi Kek Batik:

250g Buttercup
1 paket Milo(paket paling kecil)
1/2 tin susu pekat manis
1 Bungkus Biskut Marie

Cara:
Masak buttercup,milo dan susu di atas dapur....
Pastikan selalu kacau dan kacau tanpa henti
Bila semua tu dah sebati,masukkan biskut marie...
Gaul hingga rata semua adunan dengan biskut marie.
Bila dah rata,tutup api dan pindahkan adunan masuk ke dalam loyang.
Bila dah sejuk,masukkan dalam peti....Yeh!! Siap!

Sunday 16 December 2012

Kuih Cara Berlauk

Ini kuih fav aku....terutamanya masa bulan puasa...
Dah jadi fav aku...aku pun cuba ler masak sendiri....


Resepi :

Inti
200 gm daging kisar
2 sudu rempah kari daging
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit daun bawang
sedikit lada merah
garam/gula

Adunan tepung
2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan santan sederhana pekat
1 biji telur
pewarna kuning
garam

Cara penyediaan inti
1.Tumbuk bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
2.Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk,masukkan rempah kari yang di bancuh dengan sedikit air dan tumis sehingga naik minyak
3.Masukkan daging kisar dan masak sehingga daging empuk.Tambah air jika perlu.
4.Masukkan garam dan sedikit gula.Kacau sehingga sebati dan kering.
5.Angkat dan ketepikan dahulu.

Cara penyediaan tepung
1.Pukul telur dan garam.Masukkan tepung dan santan berselang seli.Kacau hingga rata.
2.Titikkan sedikit pewarna.

Cara penyediaan kuih
1.Panaskan acuan kuih cara.Sapukan sedikit minyak.
2.Tuangkan adunan 3/4 penuh sahaja.
3.Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun bawang.
4.Tutup dengan menggunakan tudung periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak.
5.Siap untuk dihidangkan.

Saturday 8 December 2012

Agar-agar permata


Bahan A : 
½ paket agar-agar bertali
2 ½ cawan air
1 cawan gula
Pewarna 

Bahan B : 
1 paket agar-agar bertali
5 cawan air
½ tin susu pekat
1/2 cawan gula

Cara Memasak Bahan A : 
Rebus agar-agar bersama 2 ½ cawan air hingga hancur.  
Setelah hancur, masukkan gula. Tunggu hingga mendidih dan padamkan api. 
Bahagikan agar-agar kepada beberapa bekas warna yang diingini.. Setiap bekas dimasukkan dengan warna yang berlainan. Tunggu hingga agar-agar keras. 
Apabila agar-agar telah keras. Potong agar-agar berbentuk dadu kecil-kecil. 
Masukkan agar-agar yang dipotong tadi ke dalam loyang. 

Cara Memasak Bahan B : 
Masak agar-agar bersama 5 cawan air hingga hancur.  
Setelah itu, masukkan gula dan  susu. Tunggu hingga mendidih. 
Tutup api dan tuangkan agar-agar susu ke dalam loyang bahan A iaitu agar-agar yang dipotong dadu tadi.
Tunggu hingga agar-agar keras. Jika ingin agar-agar lebih cepat keras masukkan ke dalam peti sejuk.

Siap!!...nyummy...


Tuesday 4 December 2012

Sambal Tempoyak..

Hah!!!Sambal tempoyak pun nak masuk dalam blog ke?hahhahaa...ikut suka ler..
Bukan apa,bila dah ada tempat nak aku kumpul semua koleksi resepi yang aku tahu buat,letak aje ler...;) Blog aku kan....hahhahhaaaaaaa


Sambal tempoyak yang aku buat...

Resepi:
15 cili padi
Tempoyak/Durian segar
Gula
Garam

Cara-cara:
Tumbuk semua bahan hingga lumat.