Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Monday 3 December 2012

Mee Tarik Warisan Asli,Sungai Besi

Wah...jalan-jalan cari makan lagi....
MEE TARIK WARISAN ASLI...pernah dengar tak?


Restoran Mee Tarik Warisan Asli nih terletak di Sungai Besi,KL.Ianya merupakan sebuah restoran china muslim dan mee tarik ini sememangnya berasal dari China.Mee ini dibuat daripada adunan dough yang besar dan ditarik-tarik sehingga membentuk.Mee tu akan dibuat bila order diterima...fresh tu beb!

Nak tengok aku order apa?


Aku order air sirap limau aje...nak order air teh apa ntah..lupa lak namanya...tapi teh tu takde stok...Stok barang diaorang order dari China.


Mustard Breef Noodle...Sedap sangat-sangat...10/10 aku bagi markah.Nak tahu harganya?


RM7.00 ...Bagi aku berbaloi harga dengan kesedapan mee tarik nih...terbaik!

Member aku lak order


~Dry Noodles~
~RM7.00~
~kod:113~


~Beef Noodles~
~RM8.00~
~kod:114~

Semuanya best-best!!

Sesiapa yang nak merasa mee tarik nih boleh ler menuju ke:

Restoran Mee Tarik Warisan Asli
51A Jalan Tasik Utama 3,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur

Sunday 2 December 2012

Istanbul Aku Datang.....

Aku tengok kat fb,blog,ramai yang duk sembang pasal best citer Istanbul Aku Datang...Buat aku tertanya-tanya jugak,best ke?aku nih kurang skit tengok citer filem nih...Dalam setahun tu,belum tentu aku jejak masuk tengok wayang.

Bila semua orang duk sembang kata best...mana boleh aku ketinggalan...nak tengok kat wayang,jauh lak...dah ler takde member.But kat astrofirst ada kan?hehehheeee.........

Sebelum aku beli kat astrofirst,tergerak hati aku nak tengok kat youtube ada ke tak...

Ada tak?huhuuhuhuuu....Alhamdulillah...ADA

So...Layan ler ISTANBUL AKU DATANG.....


Sinopsis:

Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.

Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.

Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.

Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.

Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Farouk yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.

Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.

Siapa pilihan Dian?Tonton ler Istanbul Aku Datang...Terbaik!!!!

D....Publish...;)

Izyan Juara Mastercef Musim Ke-2

Daripada seorang Pegawai Geologi berubah menjadi juara Masterchef musim ke-2!!
Siapa sangka kan....kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan...Nothing Is Imposibble!!!

Tahniah Izyan!!!


Hampir semua episod masterchef aku tengok...ye ler,aku ni bukannya pandai sangat bab-bab masak..ni ler peluang aku nak ambil skit-skit ilmu masak..

Dari awal-awal episod aku dah target,antara Izyan atau Nora yang akan jadi juara...See....
Walaupun graf Izyan turun naik....dan hampir-hampir tersingkir..beliau tetap berusaha untuk membuktikan kebolehan dan minatnya pada bidang masakan....Terbayang-bayang lak muka Izyan yang mudah cuak masa Chef nak umum siapa tersingkir...hahhaaa...

Apa pun....

Tahniah dan gud luck Izyan!!


FriDGe MaGNeT....FoR SaLe

Fridge Magnet untuk dijual...Sila pilih...sila pilih....


Harga: 3 Pcs RM10
(Tidak termasuk kos penghantaran)


Harga: RM4/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM4/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)


Harga: RM5/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM6/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM6/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM8/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)


Harga: RM5/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM5/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM5/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM5/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM4/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM4/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM4/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM4/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)

Sesiapa yang berminat nak beli...sila sms 019-5791303






Mee Udang Mak Jah,Kuala Sepetang

Mee Udang Mak Jah,Kuala Sepetang...Femes tu...Menjadi bualan orang ramai dengan kesedapan rasa kuah nya serta udang-udang segar yang banyak....;)
Kebetulan ari tu,balik dari Kedah,aku pun singgah ler kat Kuala Sepetang.Sampai pun dah Maghrib,
tapi orang tetap ramai.Buat pengetahuan semua,Kedai Mee Udang Mak Jah nih dibuka daripada jam 11 pagi hingga 11 malam.Tutup hari Rabu sahaja.
Nak tengok apa yang aku order?...zappppsss


Aku order KueTeow Udang Special....Nama kedai mee udang,tapi aku order keuteow..hahhaha.....
Tak perlu risau,mee ada jugak dijual,tapi aku lebih suka makan kueteow.

RM11.00.mahal ke?tapi korang tengok ler udangnya!


Udang dalam kueteow aku tu,hasil aku ketepikan udang.Banyakkan...6 ekor..besar-besar lak tuh.
Aku makan ler udang nih...ketepikan dulu untuk makan kueteow dulu....

Bagi aku berbaloi RM11.00 semangkuk coz udang-udang nya yang fresh dan besar.

Servis kat sini lak,bab amik order tu slow skit...macam tak cukup staff amik order pun yer.But bila dah order,makanan cepat sampai...bagus...

Aku cadangkan kalau korang pergi Taiping atau berdekatan dengannya...singgah ler Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang...Terbaik!!!

Saturday 1 December 2012

DeCeMBeR MeNJeLMa

December tora datang lagi....


Apa maknanya???...
Tahun baru akan menjelma...apa perancangan kalian untuk 2013?
tiada apa-apa?uish...jangan....hidup perlukan perancangan.
Perancangan yang rapi mampu memberikan kita kejayaan tau...

Gud LuCK WoKeH!!!!

MiNaT Aku.....JaLaN-JaLaN

Uish...banyak nya minat si lestari ni kan....
Jalan-jalan memang dah minat...best dapat kenal tempat orang...
Walaupun dah minat,setakat nih aku tak banyak lagi ke luar negara..Halangan duit dan masa...hahhaha...Takpe,dalam Malaysia pun banyak juga tempat-tempat yang boleh dilawati

Next next entry aku akan berkongsi tempat-tempat yang dah aku pergi....smile!

MiNaT Aku.....FriDGe MaGNeT

Aku minat kumpul Fridge Magnet(FM)....
Minatnya dah lama cuma baru terbuka hati nak kumpul...
Selalu pergi kedai kalau jumpa fridge magnet,mesti aku tengok satu-satu..tapi time tu tak shopping pun.Cuma sekarang baru nak kumpul...So tak banyak lagi ler...
Aku tak suka kumpul FM yang nama-nama tempat tu unless tempat tu aku dah jejak.Tapi kalau orang bagi aku ambil aje.....:)
Aku lebih suka FM yang pelbagai rupa dan bentuk
Untuk nak buktikan yang aku memang minat kat FM ni,aku pun join ler Kelab FM Malaysia...Ye ler,bila join kelab nih boleh ler aku tukar-tukar FM dengan pengumpul-pengumpul FM yang lain....;)

Join kelab dapat FM ni...sape-sape nak,sila join kelab ye...

No keahlian aku : 00083...dapat lak no yang aku suka...;)

Disamping itu juga,aku ada juga jual FM.Kalau nak tengok FM apa yang aku jual,boleh tengok kat
facebook aku... http://www.facebook.com/fridgemagnetlestari
Kat blog ni pun aku akan letak jugak FM untuk dijual..