Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Tuesday, 26 March 2013

Petua selsema,demam dan batuk

Jika anak anda demam,pastikan anak itu dimandikan tiga kali sehari supaya panasnya keluar.Kajian sains juga ada menunjukkan kenapa air panas dalam cawan akan sejuk dalam beberapa minit?Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.Hal ini sama juga dengan suhu badan yang panas tadi.Panas akan keluar apabila kita mandi.



Begitu juga dengan selsema,perlu juga dimandikan tiga kali sehari supaya bila selepas mandi,lendir itu akan mudah keluar.Namun ramai ibu-ibu hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan.

Jika anak batuk,tetap juga mandi tiga kali supaya panasnya keluar.Dan bila tidur malam,sapukan minyak telon di belakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi,InsyaAllah kahaknya cepat beransur baik.Jika minyak terlalu panas,campurkansedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi,selepas zohor dan sebelum jam 7 malam.Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam,mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk dan di serang selsema.

Biasakan selepas mandi,sapukan minyak panas pada ubun-ubun anak,belakang telinga,tapak tangan,dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki.Secara tidak langsung,ini akan membantu melancarkan peredaran darah anak anda.


4 comments:

  1. Lagi satu mandikan dari kaki keatas.. bukan dari kepala ke bawah mcm biasa kita buat. Skadar perkongsian ilmu. tq share!

    ReplyDelete