Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Saturday, 25 May 2013

Bersyukur.....


Friday, 24 May 2013

Apa itu Autisme?

Hari ni aku post mengenai autisme coz geram kat sorang parent nih....aku syak sesuatu kat anak dia then suruh ler dia bawak anaknya jumpa doktor pakar kanak-kanak...but dia buat tak endah aje...
Aku bukannya apa,kesian kat kanak-kanak tuh...ketinggalan berbanding dengan rakan-rakannya.Memang ler sekarang tak nampak sangat kesannya.Tapi bila dah masuk sekolah nanti....baru ler nak sedar...
Lagipun bukan kah tindakan awal mampu mengelak daripada menjadi lebih teruk.

Aku hanya mampu menasihatinya....


Autisme ialah gangguan psikitrik atau gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial sama ada perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang.Pendek kata ianya mengenai masalah mengaitkan perkataan dengan penuh makna,interaksi sosial dan kesukaran untuk memahami persekitaran.

Ingat,pengesanan awal mampu menyelematkan keadaan dan kanak-kanak ini boleh dilatih sekurang-kurangnya untuk menguruskan diri sendiri.

Ianya boleh dikesan mulai 12 bulan hingga tiga tahun.Kategori autisme ialah 'autisme autistic disorder',Atypical Autisme',Pervasive Developmental Disorder.Antara simptom simptom autisme ialah:

~ Tidak menunjukkan eye contact
~ Tidak bertindak balas terhadap senyuman
~ Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepala ke dinding.
~Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang atau mengeluarkan suara robotik atau disebut sebagai echolalia.Mereka juga sering mengulang-ulang apa yang diperkatakan dan kerap menlentikkan badan seolah-olah mengelak apabila dipeluk.
~Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain,malah selesa bermain sendirian.
Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat.Malah pada kanak-kanak 18 bulan ke atas,mereka cenderung untuk menggunakan isyarat berbanding perkataan.
~Terlalu sensitif,mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya,bunyi,atau pergerakkan.
~Mereka juga sering kali menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja.
~Sukar untuk mengubah rutin yang mana jika diubah akan mengakibatkan tantrum.

Penyakit ini diwarisi secara keturunan atau genetik tanpa sebab yang diketahui.Hal ini kerana autisme disebabkan oleh keganjilan pada faktor biologi dan neurologi pada otak mereka.Rawatan terapi untuk kanak-kanak autisme hanya boleh dijalankan oleh pakar sahaja.

Public Holiday

Yeahhhh!!!...hari nih cuti....
Suka kalau hari tak kerja walaupun kerja masih menggunung....


Bila aku buat senarai 'need to do'....Mak oiii...banyaknya benda nak kena settle.
Half A4 bila disenaraikan....


So tak boleh nak santai-santai time this wekend....;)

Enjoy ur holidays!!




Thursday, 23 May 2013

Maju ke hadapan



The Past is where you learned the lesson.....

Yup.....setuju sangat-sangat..Pengalaman adalah guru terbaik dalam kita menjalani kehidupan..
Cabaran dan dugaan yang telah kita lalui akan membuatkan kita terus tabah untuk menghadapi dugaan yang akan datang...
Bila kita berdepan dengan masalah,jangan ler cepat berfikiran negatif...selalu ler fikirkan positif.Mungkin apa yang kita lalui itu adalah hanyalah sedikit dugaan daripada-Nya....Ada lagi orang lain yang lebih teruk daripada apa yang kita lalui itu...Bersabar ler dan terus bangkit...jangan sesekali tunduk pada masalah...

Aku sendiri pernah lalui macam-macam dugaan.Sehinggakan pernah ler aku jatuh 'terduduk'.Tapi alhamdulillah dan aku bersyukur yang aku tidak terus terduduk.Aku bangun bangkit,berjalan...dan kini terus berlari mengejar impian.

Harapan aku,semoga impian ku menjadi realiti...;)

The Future is where you apply the lesson....

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan...Guna lah pengalaman-pengalaman lalu untuk menghadapi dugaan atau cabaran di masa hadapan.


Dan terus ler bangun untuk maju ke hadapan....

Berjaya dan terus berjaya di masa hadapan....InsyaAllah

Gud Luck everyone!!!



Wednesday, 22 May 2013

3rd Annivesarry GA Blog by Emas Putih

As-Salam


22 MAY 2013 - 05 MAY 2013


Roti Boy


Wah...mesti semua orang tahu Roti Boy kan...
Kalau lalu dekat kedainya...fuh bau nya...best!!

Aku kenal dan belajar makan roti boy nih semasa duduk dengan adik angkat aku...
Hari-hari dia ajak aku gi Jusco semata-mata nak beli roti boy...
hingga menjangkit pada aku ketagihannya itu...hahhaaa..
Sampai sekarang,kalau aku jumpa aje kedai roti boy mesti belinya...


Sekarang nih terdapat jugak Mochaboy dan juga Buttermilkboy...

Aku dah rasa Mochaboy...rasanya best jugak coz atasnya ada taburan badam dan di dalamnya inti coklat...Coklatnya yang banyak membuatkan Mochaboy rasa best!!
Takde lak gambar Mochaboy....excited nak makan sampai terlupa nak ambil gambar...ekekke...

Nanti nak rasa buttermilkboy lak.... 

Tuesday, 21 May 2013

Persiapan raya...

Persiapan raya?Puasa pun belum lagih!!!
Pejam celik pejam celik....kejap jer nanti dah nak raya.
Hahhaaa...Aku tak nak buat persediaan last minit...
So,sekarang aku dah mula prepare...

Plan untuk raya tahun 2013....
Untuk baju raya...sepasang dah siap.Semalam dah hantar lagi sepasang...
Rancang nak beli sepasang lagi baju kurung yang dah siap dan sepasang lagi jubah...
Meriah raya kali nih...4 pasang baju raya...huuhuhh...

Lepas nih kena survey tudung-tudung lak yang matching dengan baju raya.....
Tak nak jadi macam tahu lepas,last minit shopping,susah nak cari warna tudung yang sesuai untuk baju...huhuhuuu lagih!!!!

Then beli sandal sepasang dan handbag satu....Okey cukup ler persiapan raya aku...simple ke?...;)

Ahak!!!Tak lupa juga ganti puasa....ekekkeke...in progress...;)


Sunday, 19 May 2013

Baking And Cooking Class

First sekali nak citer pasal aku menang lagih!!
Alhamdulillah.....

" Simple Giveaway by Mizzniya & Partner"



URL aku no 44....Aku menang Golden Bookmark...
Alhamdulillah ....Syukur...syukur...

Nih semangat nak join mana-mana GA lagi....;)

Seharian hari ni aku siapakn buku( ala-ala ebook) yang bertajuk Baking and Cooking Class


Di dalamnya terdapat 50 resepi yang aku kumpul untuk diajarkan kepada kanak-kanak umur 2-4 tahun...
Kanak-kanak kecil dah belajar memasak?...Yup,harus diberi pendedahan awal kerana dengan memasak banyak yang diorang akan belajar.Biar diaorang kenal sendiri barang-barang didapur dan didedahkan dengan real life....Jangan tahu bagi sayur plastik,pinggan plastik aje....:) 


So....siapa-siapa yang ada anak dirumah tuh,jangan marah jika anak-anak anda menyibuk di dapur...;)