Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Sunday 17 March 2013

Ayam Masak Sambal

Ahak...resepi lagi...Sejak ada blog nih semangat nak memasak sambil mencuba pelbagai resepi menjadi-jadi...at least boleh menambahkan skill memasak aku...huhuhuuu...

Resepi aku yang simple simple aje lagih...tak hebat mana pun.Orang kata asas memasak..Slow slow tambah skill...

Oklah...kali ni aku nak kongsi resepi Ayam masak sambal


Bahan-bahan:

5/6 ketul sederhana ayam (gaul garam+kunyit dan goreng)
1 ulas bawang besar (potong bulat-untuk hiasan)
5 sudu cili giling
2 sudu kicap manis
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
lobak merah
garam
gula

Bahan-bahan untuk dikisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
1/2 cm halia

Cara-Cara:

1- Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau 
2-Masukkan cili giling dan goreng sehingga pecah minyak.
3-Kemudian masukkan kicap manis,sos cili,sos tomato,sos tiram
4-Masukkan lobak merah dan bawang besar.Jangan lupa masukkan garam dan gula
5-Bila kuah dah sedikit pekat,Masukkan ayam goreng
6-Siap dan sedia dihidangkan

Selamat Menjamu Selera....bye

4 comments:

  1. Wah my favourite! boleh belajar masak ni. hihi.

    ReplyDelete
  2. wahh, sedapnya.....;-), akak, malam ni GA tamat.. 11:59pm

    ReplyDelete
  3. Nampak macam yang saya selalu makan kat kedai siam. Sedap.. N kejap je siam tu masak.. Resepi ni sama macam ala2 siam ke?

    ReplyDelete