Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Saturday, 6 September 2014

Apa itu Backlink SEO

Assalamualaikum....

Entri hari ini masih lagi berkait dengan SEO iaitu mengenai backlink SEO.Backlink sangat penting pada sesebuah blog untuk menaikkan trafik ke blog.Backlink bermaksud link blog anda  yang berada di web orang lain dan link tersebut mengarah ke arah blog anda.Jumlah backlink yang banyak akan menunjukkan blog anda amat penting dan popular kepada pembaca.

Penting kah backlink?

Dalam memberi keputusan enjin carian,Google akan memberi lebih perhatian atau kredit kepada web yang mempunyai jumlah backlink yang banyak.Ini kerana,ianya akan memudahkan enjin carian mencari blog anda dengan keyword yang sepadan  dan secara tidak langsung ianya akan membantu ranking Google anda.

Backlink,SEO,Kasihlestariabadi,

Backlink pula terbahagi kepada dua iaitu:
Internal backlink –Link yang datang dari web yang sama.Contoh seperti,anda menulis entri A,di dalam kandungan entri itu,anda masukkan juga link ke entri B.Maksudnya,dalam web sama tetapi ke page yang berbeza.
External backlink- Link yang datang dari web atau blog yang berlainan.Antara contohnya seperti blog Anis menyalin entri anda dan di akhir entri dia ada menulis kredit to blog anda.Ataupun di dalam blog Faris,Faris menulis entri berkisar tentang blog anda dan memasukkan sekali link ke blog anda.

Strategi dan cara membuat backlink
Setiap kali menulis entri,anda boleh lah meletakkan beberapa backlink di entri tersebut.Jangan letak terlalu banyak kerana ianya akan di anggap spam oleh pihak Google.Backlink yang sesuai dan membantu ialah diletak seperti :  
1)      Backlink ke blog rakan-rakan blogger yang meletakkan URL blog anda di blog mereka sebagai tanda penghargaan dan motivasi untuk mereka terus berkunjung ke blog anda.
2)      Membuat backlink ke blog yang mempunyai pagerank tinggi supaya blog kita juga terkena tempias pagerank yang tinggi.

Anda juga digalakkan meninggalkan komen pada blog-blog rakan yang lain.Dengan bahasa mudah,tinggalkan jejak kaki anda di blog orang lain supaya ada orang yang menjumpai jejak itu.Ingat,silent readers tidak akan dapat membantu usaha membanyakkan backlink.So,rajin-rajin lah yer ....

Cara Periksa jumlah backlink?
Anda boleh juga memeriksa jumlah URL backlink blog anda dengan melihat di backlinkwatch.




P/S: Ibarat kanak-kanak memakai kasut bunyi ...jejak dapat diketahui dengan mudah...SMILE




5 comments:

  1. pakar SEO ni, sha baru nak berjinak2 hihi
    nice sharing

    ReplyDelete
  2. Saya sedang cuba mempromosi blog untuk kesihatan dengan tujuan memberi kesedaran tentang bahaya penyakit. Saya mencari ilmu menulis blog. Blog ini membantu dari segi teknik penulisan blog. Terima kasih..

    ReplyDelete