Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Monday 23 March 2015

Persamaan Asam Pedas Untuk Dia,Teman Lelaki Upahan,Suami Sebelah Rumah

Assalamualaikum....

Sekarang ni,KLA tengah melayan drama Asam Pedas Untuk Dia,Teman Lelaki Upahan,Suami Sebelah Rumah. Teruk juga KLA melayan drama-drama ini.KLA tengok drama Teman Lelaki Upahan sekadar untuk menghilangkan tekanan kerja.Sementara menunggu drama bermula,layan drama Suami Sebelah Rumah dahulu.Hujung minggu pula bosan tak tahu nak tengok apa,KLA layan pula Asam Pedas Untuk Dia...

Asam Pedas Untuk Dia,Syukri Yahaya,Dayana Roza,TV3

Asam Pedas Untuk Dia - Kisah anak majikan yang suka makan asam pedas (Kesukaan KLA tu).Lepas itu,dapat pula orang gaji yang pandai masak asam pedas.Akhirnya anak majikan ini terpikat dengan orang gaji tadi dan berkahwin secara rahsia.

Teman Lelaki Upahan,TV3

Teman Lelaki Upahan - Kisah seorang perempuan yang membesar dengan keadaan berdendam dengan bapa sendiri dan berusaha untuk mendapatkan syarikat bapanya.Syarat perlu berkahwin untuk mendapatkan syarikat membuatkan perempuan ini nekad mengupah seorang lelaki untuk menjadikan teman lelakinya dan perlu juga menikahinya.

Suami Sebelah Rumah,Izzue Islam,Ayda Jebat,TV3

Suami Sebelah Rumah - Kisah seorang perempuan yang kecewa pada hari perkahwinan apabila si lelaki tidak hadir pada hari tersebut.Secara nekad,perempuan meminta kawannya menjadi pengantin lelaki dan beliau merahsiakan perkahwinan ini daripada kawan-kawannya.Si suami pula menyewa di sebelah rumah menjaga isterinya dari jauh.

Apa yang KLA perasan tentang persamaan tentang tiga drama ini ialah kahwin rahsia.Dalam drama Asam Pedas Untuk Dia,anak majikan kahwin secara rahsia dengan orang gaji nya tanpa pengetahuan keluarga.Manakala drama Teman Lelaki Upahan,si lelaki merancang perkahwinan tanpa pengetahuan ibubapa nya.Dan drama Suami Sebelah Rumah,si perempuan merahsiakan diri nya sudah berkahwin daripada pengetahuan kawan-kawannya.

Semuanya kisah kahwin rahsia....SMILE....


6 comments:

  1. betul lah, baru perasan persamaan tiga2 drama ni..jarang layan asam pedas untuk dia tu..

    ReplyDelete
  2. Banyak sangat la drama adaptasi novel. Nasib tak minat drama kalau dak jenuh nak ligan T.T

    ReplyDelete
  3. memang glamer cerita ni sekarang kan, ramai follow:)

    ReplyDelete
  4. Salam. Hee saya pun kadang kadang tertengok juga drama novel ini sebelah petang kann.

    ReplyDelete
  5. Asam pedas utk dia dan suami sebelah rumah best.. hehe

    ReplyDelete